Selamat Ulang Tahun, Encik Suami
Pagi semalam di sekolah, sewaktu menulis tarikh 15th July 2013 di green board, tiba-tiba teringat sesuatu tentang tarikh itu. Ya Allah...tarikh lahir Encik Suami. Macamana boleh lupa ntah walhal seminggu sebelum tu dia menyebut nak bawa Anim dan 2 Abdul berbuka puasa di luar bila tiba hari jadinya. Boleh pulak dia tak bagi apa-apa "hint" sebelum kami ke sekolah pagi itu.
Bulan puasa ni, mood nak berbuka di luar jatuh ke laut. Kat SP ni, tak banyakle Buffet Ramadhan cam tempat lain. 2 hotel je pun yang buat Buffet Ramadhan. Pengalaman sebelum ni, buat kami serik nak berbuka puasa di luar. Selain faktor rasa makanan, tak suka berbuka dalam keadaan "hurry", nak p solat Maghrib, nak sambung makan, lepas tu p solat terawih. Akhirnya kami mengambil keputusan membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan.(sejak mula Ramadhan, ni lah 1st time jejak). Penuh jari 8 tangan kami pun tak sampai RM50..huhu..
Tiada hadiah yang dapat dihulurkan (dah terlupalah kan..) dan Anim tahu dia tidak menginginkan apa-apa saat ini. Hanya DOA dari seorang isteri saja yang dipintanya. Impiannya adalah untuk mengerjakan umrah di bulan puasa, berbuka di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta bersolat terawih di Masjidil Haram musim Ramadhan ini.. Sehingga ke hari ini, visa umrah masih belum diperolehi walaupun dia bakal berlepas minggu hadapan (Encik Suami pergi seorang saja)
Jemaah pakej umrah travel sama yang sepatutnya berlepas semalam pun tak dapat visa, apatah lagi kumpulan mereka. Namun, segalanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa memohon pertolonganNya namun jika jawapan sebaliknya, redhalah...
P/S Matanya tak berkelip apabila menonton gelagat perantara TV3, Ahmad Fedtri Yahya dalam rancangan Jejak Rasul , "Ramadhan di Tiga Tanah Suci" musim ini. Dan jadi sayu bila Encik Suami beritahu kami, "camnilah keadaan abah di sana kalau abah dapat pergi nanti"
sebab pergolakan di Mesir tu kot Visa tak lepas lagi..
BalasPadamSayu pulak hati kakak Anim.. Memang sekarang nak dapat visa umrah / haji sangat susah. Renovation besar-besaran betul. Teruskan solat hajat moga dapat apa yg dihajatkan
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran buat en suami Anim - moga terus mendapat limpahan kebahagiaan dan imam terbaik buat keluarga.
Selamat ulang tahun kepada en.suami kak anim.
BalasPadamSemoga Allah beri kebaikan kepada kalian sekeluarga dunia dan akhirat...
Betul macam kak anim cakap, kalau x dapt g tahun ne kena redha... Itu tandanya Allah nak gantikan dengan yang lebih baik akan datang... (mungkin bila construction dah tenang sikit)...
apa2 pun semoga selamat ya semuanya....
Moga Allah permudahkan suami Kak Anim dan tercapai cita2 dia hendaknya. Mungkin itu hadiah birthday tak ternilai buatnya tahun ini.
BalasPadamSemoga di permudahkan segala urusan yer kak. Insyaallah doa akak akan di makbulkan.
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan ye...
BalasPadamhappy belated birthday kpd suami akk
BalasPadamterima kasih krn sudi follow
Selamat ulang tahun buat suami Kak Anim.
BalasPadamInsyaallah, ada rezekinya...daptlah pergi, kalau tidak...mesti ada hikmahnya tu.
semoga dipermudahkan segala urusan ye anim...
BalasPadamsaya dan suami pun teringin mahu ke tanah suci dibulan ramdhan...lagi la bila tengok jejek rasul tu kann..terasa kita pun ada disana...rindunyaaa nak kesana lagi...
semoga dipermuahkan urusan suami cikgu..
BalasPadamselamat panjang umur,,,
BalasPadamAlhamdulillah, dipanjangkan usia..=)
BalasPadamSebab rasa baca..oh nak p umrah ye kak, saya doakan semoga segala urusan dpermudahkan untuk ke sana, mungkin ada hikmah pegi lewat kan...
Berdoalah , minta dipermudahkan segalanya . doa isteri ni insha Allah mustajab ...
BalasPadamcahayacinta
BalasPadamselamat panjang umur.apa hadiah untk dia?
alahai sayu bacanya.. boleh lagi kasi hadiahnyer nanti..
BalasPadambetoi kalau makan di buffet ramadantu terkejar2 sikitkan.. dulu masa bujang sukalah sebab diri sendirijer ni nak uruskan budak2 lagi terburu2 dibuatnya.. makan tak kenyang...
moga dipermudahkan kak...
BalasPadamSemoga dipermudahkan... Insyaa Allah...
BalasPadam