Mula-mula nak letak gambar Si Rambut Panjang yang sesuai sebagai hiasan. Tiba-tiba seram pulak, hehehehe...
~ Cerita Ustazah NA ~
Sewaktu bersendirian di bilik guru, saya terpandang seseorang berambut panjang duduk di kerusi Cikgu A . Bukan sekali saya terperasan kelibatnya. Banyak kali. Dia hanya duduk diam terpaku di situ tanpa menampakkan wajahnya.
~ Cerita Ustazah MM ~
Saya orang yang terakhir di bilik guru dan bersiap untuk pulang. Sewaktu nak tutup suis kipas, saya ternampak kelibat seseorang menelangkupkan kepalanya di meja Cikgu I. Of course, pada saya itu mesti Cikgu I. Kensel tutup suis kipas. Saya pun tak nak ganggu Cikgu I, mungkin dia letih. Saya tak menegurnya. Bila saya berjalan menuju ke kereta, saya ternampak Cikgu I pun sedang menuju ke keretanya untuk pulang. Siapa pula yang saya nampak di meja guru Cikgu I tadi?
Kerap terawal tiba di sekolah . Sudah tentu terawal juga masuk ke bilik guru. Sebelum cerita Si Rambut Panjang wujud, sebaik tiba, selain prepare bahan untuk kelas, Anim akan mengodek laptop@iPad sebelum loceng berbunyi. Bila cerita Si Rambut Panjang ni wujud, serta merta tabiat berubah.
Memula, kena beri salam bila masuk bilik guru walaupun sah takde sesapa di dalamnya, "Assalamualaina waala ibadillahissolihin". Lepas tu, baca Quran yang ada di meja ikut sesempatnya. Kalau geng bas sekolah lain dah datang, bolehlah mengunyah bekalan sarapan pagi yang dibawa. Kemudian, jam 7.15 a.m , join warga sekolah lain berada di tapak perhimpunan untuk bacaan Yassin sebelum masuk kelas.
Sesi persekolahan berakhir jam 1.15 p.m ( satu sessi). Masa ni suara riuh murid kembali sunyi. Kelas tambahan si Abdul pula kadangkala hingga 3.00 p.m. Lepas solat Zuhor di masjid bersebelahan sekolah ( dalam 10 langkah), mula mencari port untuk menunggu. Nak duduk di kantin yang sudah lengang? Panas! Menunggu dalam kereta yang dihidupkan enjin? Tak selesa!. Lepak kat masjid? Lepas Zuhor, masjid kampung ni lengang dan sunyi.
Hendak tak ndak, kena menunggu si Abdul kat bilik guru walaupun berseorangan. Selesa sikit, ada kipas, boleh tanda buku, boleh buka laptop. Dulu, masa cerita Si Rambut Panjang belum wujud..rajin juga update entry dan BW blog kawan-kawan sewaktu menunggu si Abdul selesai kelas. La kena jaga wuduk untuk baca Quran sebab kurang rasa takut bila dok orang-sorang dalam bilik guru. Dalam hati berkata, janganlah Si Rambut Panjang memunculkan diri. Mudah-mudahan bila bacaan ayat suci Quran diperdengarkan, Si Rambut Panjang "panas" duduk dalam bilik guru dan keluar ambil angin jap.
"Tak takut ke kak?", usik Teacher Fauziah . Ish..kalau kata tak takut, orang kata "eksyen" pulak. Cuma minta-minta janganlah Si Rambut Panjang muncul dan menampakkan wajahnya depan Anim . Nak duduk situ, duduklah. Jangan kacau saya!! Kita buat kerja masing-masing ya...
P/S Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh
manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur
kejadian manusia. Andainya Allah SWT memperlihatkan jasad jin dan
syaitan dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza, umumnya
kekuatan manusia akan lemah .
masa bunda baca ni jam 5.20 pg..bw sementara nak solat..seram jugak..
BalasPadamWalaupun kakak tahu Allah cipta manusia ini sebagai mahkluk paling hebat tapi kakak tetap pengecut. Kalau hal-hal begini kakak memang lari dulu - tak kuat iman (kata abang). Baca ini pun kakak mula bayangkah kalau ianya ada di pejabat kakak mahu kakak sentiasa nak ada teman...
BalasPadamseram la pulak sy bace entry akak nih
BalasPadamSeram nya kak... take care tau!
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya rasa dia pun kesunyian, mujur ada akak temankan...Sesekali tegur le, hehe
Kalau yg misteri2 aje mesti berambut panjang...kenapa la agaknye?
sama sama makhluk Allah jgk..tapi kalau saya jumpa saya pun cabut lari jgk...hehe
BalasPadamsekarang kisah si rambut panjang nie....dah tersebar2 kat sekolah2 di utara....betul ke...atau hanya cerita2 je...?
BalasPadamassalamualaikum ... pertama , makhluk tuh tak kacau kita klu kita tak kacau dia . klu nampak buat tak tau jer . kedua , klu masih x sedap hati , dload jer rukyah al-muhammadi kat youtube pas tu pi on kan dan biar dia berulang2 . Inshaa Allah ... cuma klu tettiba ada bend jatuh aka bergerak , off lah rukyah tu , nanti mengamuk lak makhluk tuh . Cuma jgn ada rasa takut pd mrk . sebab Allah cipta kita lbh hebat drk mrk ...
BalasPadamsamalah kita... bukan tak takut tapi malas nak layan. pun tak mau juga cakap besar... cuma kita yakin Allah melebihi kuasanya drp segala yg lain.
BalasPadamseramnyer, even KA sendiri pernah alami kejadian yg sama
BalasPadamSerammmm la plk...saya ni sebenarnya penakut la jugak..
BalasPadamAllah... Allah... ada la pulak. Asalkan tak mengacau, cukuplah kot. Mohon dijauhkan Allah drp terjumpa benda-benda macam ni, Amiin...
BalasPadamAssalamualaikum kak,
BalasPadamHurmm, dulu selalu datang awal... nasib baik tak jumpa apa-apa...
Alah Anim Si Rambut panjang pun nak blogwalking jugak hehe
BalasPadam