Bawa 2 Abdul ke kedai gambar di SP. Urgent.
By hook or by crook kena hantar ke travel agent petang ni jugak untuk urusan visa. Bukan selalu berurusan di kedai gambar. Setahun pun tak sekali. Kedai gambar dikunjungi bila nak buat pasport, nak buat visa atau nak buat I/C. Walaupun perkhidmatan fotostat dan menjual kamera turut diberikan namun sejak wujud kamera digital dan hp berkamera..kedai gambar kini ibarat "saudagar senja".
Sewaktu menunggu gambar depa siap dalam 15 minit, terpandang gambar terpopular yang siap diframe. Wah...for sale lah. Gambar terpopular di Utara ni banyak digantung di kedai-kedai berbagai bangsa. Kedai makan, kedai gunting rambut, kedai menjual pakaian, kedai jahit..
Bertanya nyonya kedai yang melayan kami apa keistimewaan dari pandangan matanya tentang potret Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke 25.
Pertama, dia memberitahu tentang bulu burung yang ada di kepala Almarhum Sultan Abdul Hamid . Itu ialah bulu burung
cenderawasih (yang kononnya berasal dari kayangan dan hanya minum air embun)
Kedua, dia menyuruh Anim memerhatikan kedudukan mata dan telinga potret Almarhum. Kalau orang biasa macam kita katanya, kedudukan telinga sebaris dengan mata. Namun berbeza dengan Almarhum. Kedudukan matanya berada di atas paras telinga.
P/S Tak salah menggantung potret tanda menghormati tetapi bukan dianggap sebagai pelaris perniagaan. Dibimbangi bergantung rezeki pada potret (dah macam tangkal pula) bukan bergantung pada Allah SWT kerana sekarang ada segelintir peniaga orang kita di SP turut gantung potret ni di kedai mereka,
Salam,
BalasPadamNyonya pun percaya perkara2 sebegini. Di rumah saya satu gambar pun tak ada yg tergantung. Bukan apa...tak hensem, hehe
Manyak ong ooo...dia katakan, heeee...
Padamnak pergi mana plk ni anim..?
BalasPadamagak nya sebab bulu burung cendrawasih tu payah nak dapat tu yg org cina suka sgt kot no..
Tungguuuuu....
PadamP/S suka bersebab...bisnes manyak ong....
visa nak ke mana tu ....
BalasPadamPlan cuti sekolah bulan mei nanti mala
PadamIM pun kekadang heran juga dengan sikap orang yang suka sangat terikut-ikut dengan kepercayaan begini.
BalasPadamJangan sampai lupa rezeki tu datang dari Allah...
PadamMakchaq tak perasan pulak... Lin kali nak tengok la..
BalasPadamDah siap siaga nak buat visa utk cuti sekolahlah ye Anim..
BalasPadamKalau percaya pada gambar membawa larisnya jualan bimbang membawa kepada syirik pulak..
Seronoknya 2 Abdul tu dapat pi sana..... hehe Auntie ni bilalah agaknya 2 Abdullll ....
BalasPadambestnye dpt gi sana
BalasPadamassalamualaikum ... org cina mmg percaya pada fengshui . klu mata lbh tggi dr telinga , apa maksudnya ya ... kesian almarhum , gambarnya dah jadi sebahagian khurafat wpun bkn salah dia jadi begitu ... lbh baik jadi org biasa yg tak dikenali ...
BalasPadamnak kemanani Anim... jauh nampaknyer...
BalasPadamisyh macam2 yerk.. nyonyatu sukaler laku bisneskan..
macam2 kepercayaan kan..ong banyak..
BalasPadamcomel baju hitam tu ..:)
Betul2..mula2 saya tak tahu kenapa mereka suka sangat gantung gambar ni..kemudian kawan baik saya cerita yang mereka percaya gambar ni boleh bawa tuah. Bukan cina, india sahaja yang letak, Melayu agama islam pun letak. ayoyoyo..Banyak karut sajalah.
BalasPadam