Setelah 3 Abduls kebah dari demam, giliran Anim pula tumbang Khamis lalu. 2,3 hari dok tahan tak jumpa doktor. Makan baki ubat demam Encik Suami dan ubat batuk si Abdul (ada ke patut..hee) , kemuncaknya pagi Khamis tak larat nak bangun. Bila doktor check.. tu dia, 38.8 huhu...MC lah.
Balik klinik, ikut saranan Dr. Annisa, makan ubat dan tidur. Tak tau berapa jam terlena, terdengar bunyi hon berkali-kali depan rumah. Siapalah tu agaknya. Tengok jam, 12.30 tengahari. Tak mungkin Encik Suami. Anak-anak pun belum balik sekolah. Dengan berat mata dan berat badan, menyelak langsir tingkap bilik. Ada van Pos Laju depan rumah.
Bungkusan jauh dari Senai ini dikirim oleh teman blogger
yang baru pulang menunaikan umrah,
Kakzakie. Terima kasih tak terhingga.
Saja tunggu Si Abdul balik sekolah untuk buka bungkusan.
Rasa terharu tatkala ternampak isi bungkusan penuh barakah. Segan pun ada . jika nak dibandingkan pemberian Anim dengan pemberiannya ini. Si Abdul bertanya "kawan Ummi yang duduk mana ni?" Pelik agaknya bila dikatakan kawan ni bukan depa je tak pernah jumpa tapi Ummi juga.
Sebak juga membaca nota yang ditulis Kakzakie tentang pertanyaan adik. Manataknya, setiap kali terpandang orang sedang bertawaf di TV atau desktop (secara live) di
http://live.gph.gov.sa/ hasil perkongsian
nhhas, Anim sering teringat kawan-kawan, saudara mara, kenalan yang menunaikan umrah dan membayangkan mereka turut berada bersama-sama jemaah bertawaf dalam TV/desktop itu . Ajaib kan bila mereka di sana pun turut sama mengingati kita.
P/S Doa Anim moga ukhwah kami berpanjangan. Dan semoga satu hari nanti kami dapat bertemu Kakzakie 4 mata dan bertemu ADIK...
Masya-Allah Anim malu kakak hihi....
BalasPadamApa pun syukur alhamduillah sampai juga titipan tak seberapa dari kami. Sungguh tau sebab tasbih Anim sentiasa di poket beg sandang membuat kami tak lupa Anim ketika di sana. Bila tawaf kami gunakan tasbih itu mana boleh lupa betul tak?
Moga Anim dan anak-anak beransur sembuh. Kena minum banyak air masak. Kakak pun batuk dan serak juga sekarang...
harapnyer semua dah beransur sembuh yer.....wah seronok dpt cenderahati dari jauh tu yer
BalasPadamBahagianya ada kawan blogger yg rajin kirim ole-ole macam kakzakie.
BalasPadamSekarang ni memang musim demam dan batuk kerana cuaca yg agak ekstrem.
Salam, cuaca yg panas skrg ni mudah mengundang demam...Bykkan minum air masak, gandakan jumlahnya dari biasa. Semoga tabah menghadapi ujian Allah dan semoga cepat sembuh. Seronok mbila mendapat kiriman dari teman...apatah lagi teman yg belum pernah kita ketemui. Terujanya lain skit..
BalasPadamDari sekadar teman blogger, boleh menjadi akrab...alhamdulillah..segalanya kehendak Allah mempertemukan kita semua walaupun di alam maya.
BalasPadamSeronoknya dapat rezeki dari tanah suci.... Sudan tentu ada keberkatannya di situ...
BalasPadam