Jam 6.30 petang baru ferry berlepas dari Jeti Kuah. Tiba Kuala Kedah jam 8 malam. Semua sudah kelaparan. Nak mencari bekalan makan di ferry, boleh " kosong" rak makanan di kiosk yang ada. Hebat betul penangan LIMA 2013.
Si Abdul nak makan
Laksa Teluk Kechai. Bukan rezeki kami bila tutup pulak.Encik Suami decided ke Simpang Empat untuk pekena
Nasi Kandar Hj Ramli. Nasib masih tak menyebelahi. Kat Kedah, hari Jumaat memang payah nak cari tempat makan. Kami plan ikut jalan dalam. Nak cari tempat makan di Gurun dan cari surau Petronas untuk tumpang solat jamak kerana lepas Isyak, biasanya masjid pun dah gelap.
Melepasi pekan Guar Cempedak, tidak jauh dari Nasi Mandy Abi Ahmadi kami ternampak deretan kereta di tepi jalan. Nampak pondok-pondok beratap rumbia dikelilingi pepohon yang menggamit diri untuk turut berhenti mencari parking.
Pohon's Kitchen yang baru dibuka ini menghidangkan menu western food jam 5.30 p.m-12.00 a.m. Siang menu nasi campur katanya.
Pelanggan boleh memilih mana-mana tempat makan yang disukai. Bersila, atas kerusi, atas pondok (tinggi sikit, kena panjat tangga)
Dapur tukang masak betul-betul berdekatan pintu masuk.
Deco dari payung...see, atap rumbia lagi.
Chicken Chop untuk Abdul Besar (Bapak 2 Abduls)
Spaghetti Carbonara untuk Abdul sulung
Mushroom soup dan garlic bread. Suka sebab lain dari yang lain.
Spaghetti Aglio Olio With Prawns untuk Anim. Walaupun tak sama cam kita biasa makan sebelum ini kerana ada rasa cili tapi sedap pada tekak Anim.
Spaghetti Meat Ball untuk si Abdul kecil
Overall, berpuashati dengan rasa makanan, layanan pantas dan harga. Tempat solat pun disediakan. Harap-harap berterusan begini. Dan insya-Allah, akan berkunjung lagi untuk mencuba menu yang lain.
P/S Cuma satu saja teguran, kalau boleh pengusaha restoran ni letak kun di jalanraya hadapan restoran. Biar pengguna jalanraya yang lalu kawasan itu alert. Bila malam, kawasan parking sempit so bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain kerana ada kenderaan pelanggan diletakkan di bahu jalan. Atau ikut contoh sebuah restoran Mee Udang di SP. Sediakan seseorang untuk bantu pelanggan restoran mencari parking dan dalam masa yang sama memantau lalulintas bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
Salam kak..sedap nye tgk chicken chop abdul besar. hehehe sama faveret dgn aunty ni.
BalasPadamSaiznya kecik je tu...
Padaminilah komen ikhlas dari pelanggan.. nampak menarik gak konsep kedaini.. kalau makanannpun ok didoakan bertambah majulah perniagaan...
BalasPadamDah mcm reporter pula kan zila,mheee
Padamnammpak sedap menu2 nya kak....
BalasPadamhaaah...banyak lagi yang perlu dicuba, huhu...
Padamsalam..belum try lagi restoran tu...nampak sakan jugak...
BalasPadambaru buka pada bulan 2 yang lalu. best tempat dan dekorasi. servis pun cepat
PadamNampak menarik menu-menunya...Guar Cempedak kat mana ya? Mmmm ..Ida fail kalau bab tempat-tempat di Kedah..hehe
BalasPadamkalau dari alor setar, jumpa guar cempedak dulu baru jumpa gurun. kalau dari sp, sebaliknya. tak jauh dari pekan gurun
PadamYe...prihatin n peka Kak Anim..=)
BalasPadamperkara yg baik kan, seemstinya kita tak serik nak datang lagi kan...=)
tulah payahnya bila terlebih "menyibuk"..hahaha...semua nak diulas dan ditegur
PadamTengok restoren dia pun nampak menarik Anim.....makanan dia pun nampak macam sedap je...kalaulah dekat...harus singgah hehe
BalasPadammanalah tahu TERjalan2 kedah, boleh cari..
Padamsedapnya tengok gambar2 makanan tu.. .yum yum...
BalasPadamtambah bila makan dalam keadaan yakin, suci dan halal kan..tanpa rasa was2..
PadamWah! Menu makanan barat! Restorennya nampak mengujakan...Cantik dan menarik! Pasti perasaan pun bercampur Barat + Timur...hehe
BalasPadamtapi yang makan malam tu BM, penuh dengan orang bersongkok haji dan berkain pelikat jugak..balik masjid/surau agaknya lepak situ
Padamassalamualaikum ... bila tgk deco lampu tuh dpt lak idea . pas nih klu payung rosak baik jgn buang sbb boleh wat terendak lamu ...
BalasPadamkalau payung berkaler-kaler..entah camna ghupenya
PadamKreatif pengusaha restorannya Anim. Cantik dan menu pun dipelbagai. Macam Anim kata carbonara dia bercili ikut selera org M'sia kan suka pedas - kalau kakak pun suka tu:)
BalasPadamnampak tenang je restoran tu...saya suka warna lampu yang malap2 sikit cam tu...lama juga tak makan western food...sedap nampak di pinggan ..
BalasPadamnampak menarik kat sini yer
BalasPadamSalam.. Tempat parking utk kedai ni banyak x? Agak2 boleh menampung konvoi 20 biji kereta x?
BalasPadambolehlah. park kat tepi jalan:-))
Padam