Keluar dari Airport Bayan Lepas, perut sudah berbunyi. Tetamu sudah Anim beri makan seawal jam 6 petang tapi tukang masak pulak tak lalu makan. Mau taknya sambil masak, turut sama packing kain baju. Kalau ke Penang, tak sah tak singgah Nasi Kandar Kayu berdekatan Vistana Hotel.
Depa kata...dulu ada cawangan di Sg.Petani. La ni....tak de dah. Nasi Kandar Hussain sudah conquer ka?
Oranglain makan nasi kandar, penuh nasi dengan kuah 5,6 jenis, sampai tak nampak putihnya nasi. Taste Anim lain, tak mahu basah nasi tu...cam dalam gambar tulah. Tang ni kadang2 si Mamak tak faham dan Anim makan tak habis. Kerana itulah, Encik Suami yang akan beratur dan ambil order. Lauk pun suka kering-kering saja. Ayam kampung goreng, telur sotong goreng, telur rebus..Yang sedap, ada "serdak sambal" yang dimakan bersama nasi.(Serdak sambal tu cepat habis!)
Special kat sini...roti tisu dia. Macam pyramid bila dibawa..dok jeling amoi kecil sebelah punya. Depa punya dah kena "baringkan"..Tengok..panjang satu meja! Lain kali nak rasalah...
Jam 12.30 malam baru kami tiba Ipoh. Ni pemandangan luar tingkap dari bilik hotel kami menginap. Hotel yang berhadapan dengan Sungai Kinta ni hotel baru dan belum dirasmikan lagi. Khabarnya Raja Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim akan mencemar duli, merasmikan hotel ini pada bulan 12 nanti.
"Pokok tu berwarna-warni macam kat i-Citylah kan"...amboi, macamlah kita pernah jejak i-City tu..
Pemandangan Sungai Kinta diwaktu pagi dari Tingkat 14, Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh.Tahun lalu, sewaktu berkursus di Ipoh juga, kami melepak di
h o t e l l a m a .
P/S Walaupun bukan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia, hanya menyelam sambil minum air. Ini chance Anim rehat-rehat juga, rehat dari memasak, membasuh, mengemas.Tapi..2 Abdul tu mesti tak bagi chance sebab ada pool di Tingkat 5. Tak kisahlah andainya Encik Suami tak sempat bawa kami ronda Ipoh. Anim pun nak cover banyak benda yang tak sempat buat sejak 2 minggu lalu.Lagipun Anim tahu...dia sendiri keletihan!
Lain-Lain Artikel:
suka nya kalau ke Penang.. suka culinary..besttt..esp nasi kandar...
BalasPadamdi Utara, Restoran Arab susah nak lawan sama Restoran Nasi Kandar, hehehe...
Padamsedapnyer pekena nasi kandar...
BalasPadamsiyes..lya x pnh pon mkn nasi kandar ni
kena cuba sekali sekala...nak original taste, kena mai Utara no..
Padamsaya pun belum cuti2 malaysia lagi..
BalasPadamcadangnya bulan dec ni nak blk kg asben pastu terus la jln2 bawak rakyat jelata ke Perlis...Alor star...Penang...
anim pun kat kedah jugakkan...sungai petani yee..
yupp...nanti kalau dah confirm, bolehlah kita main e-mel..saya pun kena tunggu encik suami cuti baru boleh cuti2 malaysia..
Padampanjangnya roti tisu tu....rasa macam roti canai ke?
BalasPadamdak eh..krup..krup..ada masin (margerine) dan manis (susu) le gamaknya..
PadamKat BP ada tak Nasi Kandar Anim? Teringin la pulak...
BalasPadamberdekatan Tesco Batu Pahat..tapi lain sesangatlah huda. orang johor tak pandai sangat kot makan nasi kandar, kita kan spesis asam pedas, sambal.
PadamPernah makan nasi kandar ni sekali je, tapi memang sedappppp!
BalasPadamkena tengok restorannya jugak kan..jangan terliur sudah ya, kesian baby di perut tu..
Padamalamakkkkkkk, sedapnyaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamcik F, kak suka simple mimple jek..
Padamakak tak nah lagi duk kat hotel tu..
BalasPadamteringin gak satu hari nanti.. walhal orang perak kot..
nasi kandar kayu penang mesti lain sikit rasa dari kt sini..
biasalah zila, saya sendiri jarang2 masuk hotel di johor, dah negeri kita kan?? hee...
Padamkalo ke penang memang tak pernah miss makan nasi kandar..kalo saya plak suka kuah banjir..sedap, macam2 rasa ada..roti tisu tu..huhhh..memang sedap..terliur jugak nih..
BalasPadambaru belajar makan nasi kandarlah KS, heee. takat roti canai banjir tu boleh dah, nasi kandar banjir belum pandai lagi..
Padam