Gembira menerima kiriman MMS dari adik. Gambar majlis yang berlangsung pada Sabtu, 3 November 2012 yang baru lalu. Alhamdulillah...akhirnya Pakcik menemui jodoh buat kali ke 2. Pada mulanya Anim merancang untuk sama-sama memeriahkan majlis pernikahannya di Masjid Negeri Shah Alam namun kita hanya mampu merancang. Baik Anim mahupun Encik Suami , tak cukup bertenaga untuk travel jauh lagi dalam masa terdekat ( selepas pulang berhari raya korban di Johor ). Maklumlah...selepas majlis pernikahan di Masjid Negeri dan majlis perkahwinan di Seksyen 7, kami perlu bergegas semula pulang ke Sg.Petani kerana Ahad, hari bekerja di Kedah. Bila badan dah tak larat, terasa sudah tua kami berdua rupanya.
Kata adik lagi, dengan sekali lafaz...
Kalau sebelum ini, dialah yang menyiapkan
b a r a n g a n h a n t a r a n kami adik-beradik...kali ini berbahagialah Makcik Azlina menerima barang hantaran hasil tangan suami sendiri...
Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya. Ada peluang nanti....kami singgah Shah Alam. Kalau dulu dijamu orang
"b u j a n g"...kali ni pasti suasananya berbeza nanti.
P/S Teruja nak bersua muka dengan Makcik baru yang jauh lebih muda dari anak saudara sendiri.....
sayalah tu!
tahniah
BalasPadamselamat pengantin baru di ucapkan ;)
semoga berbahagia hingga akhir hayat.amin
terima kasih bagi pihak mereka. akhirnya...rumah pakcik berseri kembali...
Padamalhamdulillah... ceria pengantin... sana sini sibuk dgn org kawin kan kak anim?
BalasPadamita, betullah..suka tengok keceriaan mereka. musim cuti, musim hujan, musim kahwin...musim 3 in 1
PadamTahniah utk pak cik. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah.
BalasPadamnajmiah, terima kasih bagi pihaknya. mudah2an...amin.
BalasPadamTahniah dapat makcik mudo..insyaallah smuga kekal bahgia di dunia hingga ke akhirat!!!
BalasPadamiyolah nek cik...muda dari saya..
Padam