PERSOALAN 1:
Adakah meninggalkan solat semasa kedatangan haid juga diberikan pahala?
Apabila seorang perempuan yang kedatangan haid terpaksa meninggalkan solat dengan niat dan qasad semata-mata kerana mematuhi perintah syarak (yang melarang perempuan haid mengerjakan solat), maka dia diberi ganjaran pahala. Tetapi jika tidak ada apa-apa niat, maka dia tidak diberi pahala dan dia tidak dikira berdosa.
Maksudnya, seorang perempuan yang kedatangan haid dan berniat "Aku meninggalkan solat sepanjang 5 hari ini kerana patuh dan taat akan perintah Allah Taala" , dia akan diberikan ganjaran pahala kerana meninggalkan solat kerana Allah Taala. Namun jika dia tidak berniat apa-apa, tidaklah berdosa cuma tidak mendapat pahala. Alangkah ruginya jika pahala yang diperolehi secara mudah ini tidak kita rebut . Wallahua'lam.
PERSOALAN 2:
Bagaimanakah pahala zakat bagi simpanan wang di Tabung Haji?
Pada penghujung bulan 12 atau awal bulan 1 nanti, penyata akan dikeluarkan sama ada dipos kepada penabung atau keluar di suratkhabar. Pihak Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan bonus, dividen dan peratus zakat yang bakal ditolak dari simpanan penabung.
Kita, sebagai penabung berniatlah, (lebihkurang begini) "Ya Allah, aku membayar zakat simpanan yang wajib ke atasku dan dikeluarkan oleh Tabung Haji melalui simpananku kerana Allah Taala". Wallahua'lam
SUMBER : Kursus Haji Minggu ke 2, Masjid Sg.Pasir, Sg.Petani.
P/S Dulu tak tau, sekarang dah tau. Better late than never!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Pahala Tinggal Solat Ketika Haid dan Pahala Zakat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai