Nak cerita fasal dinner Anim di Langkawi 2 minggu lalu. Maklumlah..seminggu lagi cuti sekolah. Sure ramai yang plan nak bercuti di Pulau Lagenda itu. Buat yang ingin mencuba kampung style dek kerana jemu dengan Restoran Thai Food yang banyak di sana, bolehlah mencuba makanan kampung di kedai makan orang Langkawi sendiri.
Dinner di kedai makan berdekatan Langkawi Saga sebaik turun dari feri. Kedai makan (kedai kampung, bukan restoran besar) ni dibuka dari jam 6 petang hingga malam. Pagi hingga tengahari, orang lain yang masak. Pilihan lauk simple saja. Ikan mentah dipilih. Kemudian kita bagitaulah nak dimasak apa. Gulai ikan dan tenggiri digoreng. Hoho...nampak simple tapi makan panas-panas bersama ulam-ulaman, terangkat!
2 minggu berlalu...lupa dah nama ikan ni. Rokan kalau tak silap. Trylah...memang sedap. Harga tak mahal mana. Makan malam ber4 kami ni, tak sampai RM40.
Malam ke 2, plan tak nak keluar makan malam. So, p beli seafood segar di pasar Langkawi dan minta tukang masak
R e s t o r a n S a m b a l T u m b u k tolong masakkan. Kos pun lebih rendah dan yang penting, sajian makanan sihat untuk semua...heee...semuanya direbus dan dibakar sahaja.
P/S Lunch time, boleh p ke Bayas. Banyak pilihan lauk di sana.
Sedapnya makan ala2 kg..
BalasPadam3 thn dok SP, tekak saya sudah serasi dgn gulai dan ulaman
Padamsedapnya,tntu sdp kari masakan org langkawi@kedah,.ada rezeki ke langkawi lg,.leh la try mkn kt ctu..hehe
BalasPadamKalau p satu2 tempat, rugi rsanya tak merasa masakan penduduk tempatan. Masakan Thai mana2 ada kan?
PadamKecur menengoknya Anim...
BalasPadamlauk panas2 dihidang, kena pulak lapar perut..sedar tak sedar dah order nasi tambah!
BalasPadam