Semalam tetamu dari Johor di bawa berjalan jauh ke Sempadan Utara. Dek kerana kami pun 1st time menjejakkan kaki di sini, diberitahu seorang kawan, kena bertolak awal ( 4 pagi) sebab payah nak cari parking.Kalau lewat,kena parking jauh. Begitu begini, jam 10 pagi baru dapat bertolak dari Sg.Petani.
Hujan sepanjang perjalanan. Jam 12.00 tengahari tiba dan ternampak deretan kenderaan di tepi jalan. Nak parking mana? Ada parking area disediakan . Kesian kat MIL, FIL, dan bebudak yang ada. Tak sangguplah pulak nak berjalan kaki .
Rasa-rasa dalam 800m ke depan lagi. Nekad untuk terus memandu.
Hujan pun hujanlah....kami redah jugak macam depa. Jauh bawa tetamu dari Selatan Tanahair ni..
Tiba dah Wang Kelian (Malaysia). Nak park sini ke atau ke depan lagi? Encik Suami terus memandu hingga melepasi Pos Imigresen Wang Kelian Perlis. Anim pulak naik risau. Tiba di Pos Imigresen Thailand, kami ditahan oleh seorang kakitangan imigresennya. "Mau pergi mana?". Sudah...sudah...
Bila kami memberitahu mahu ke Wang Kelian, dia menunjukkan arah bertentangan. "Sana Wang Kelian, Malaysia. Sini, Wang Belacan, Thailand".
Haaaa....tunjuk pandai sangat!! Ok..Ok...sorry...sorry..(jalan selamat, minta maaflah) sambil tunjuk sign nak reversed masuk Malaysia. Tapi...sempat lagi tu merayu. "Saya parking sini boleh?". Syukurlah...dia mengangguk membenarkan. Yahoooo.....
Kami
parked 2 kenderaan kami dekat dengan
border. Sebelah Malaysia, Wang Kelian. Masuk Thailand, Wang Belacan...ooooo..baru tau! Hari Sabtu dan Ahad sahaja
border dibuka untuk kita masuk membeli belah tanpa perlu tunjuk passport. Tapi kena ingat, border ditutup jam 6.00 petang.
Orang tak ramai...hujanlah katakan. Tapi ronda tetap ronda. Apa nak susah...payung kan ada! Dek kerana murahnya barangan di Wang Belacan ( peniaga Muslimnya dari Satun) ramai kaum perempuan rambang mata shopping.
Tapi...bukan semua orang perempuan rambang mata tau....
Si dia berkenaan dengan bakul besar yang berharga RM10 ini.
Note:Kat sini boleh guna duit Malaysi. Peniaganya boleh faham Bahasa Melayu sikit-sikit.
Dia berkenan pula dengan alas kaki. "Murah ni, selalu beli RM18, kat sini RM9 aja"
Dibelek-beleknya pulak toto..."Yang ada tu tak cukup. Manalah tahu ada ramai tetamu mai rumah kita"... Belilah...belilah..
Kelambu pun berkenan jugak. Maklumlah saiz besar cuma RM18 saja katanya.
Next, beras Siam. Beras cantik, tak campur beras pecah, hancur dan hanya RM 2.50 sekg. Setakat 10 kilo...tak de masalah nak bawa keluar. Anim?? Kita tolong pegang payunglah (nanti hilang..hee)
MIL and Fiza, my biras cukup "geram"...macam2 nak diborong bawa balik, kuali dan periuk besar cap buaya ( kenduri) yang berganda2 beza harganya di Johor. Apakandaya...takkan nak angkut balik dalam Air Asia nanti.
My adik ipar kata , lain kali kita datang bawak lori ....
UPDATE : Wang Prachan bukannya Wang Belacan..heee
P/S Panjangnya n3,lupa diri! Mentang-mentanglah dah boleh upload gambar..
Lain-Lain Artikel:
Gelihatilah pulak kakak Anim. Boleh keliru kalau tak biasa pergi. Dibuatnya ke Thailand tak ada passport macam mana hihi...
BalasPadamHujan pun hujan janji dapat sampai seronok dah..
hari lain kena ada passport kak zakie. sabtu dan ahad je bagi kelonggaran sampai jam 6.
Padamp/s yg gelihati, orang kedah sendiri tak tahu boleh masuk siam tu. depa selalu beli di wang kelian saja, yg pasti harga barangan berbeza!
baru tau gak der tempat nama wang belacan.. pernah gak gi wang kelian tak tauler pulak..
BalasPadamps... statement last tak boleh tahann akakpun sejak leh upload gambar tak serik masuk gak banyak gambar...
zila, sungguh kami pun tak tau. kawan kedah yg bagi arah pun terkejut bila kami kata kami beli belah di siam. depa sampai wang kelian saja...heee
Padamp/s seronok sangat dpt upload gambar! hee...
hampir 10 tahun tak menjejakkan kaki di sana... dah lawa la yeee... harga mesti tetap murah lagi kan...
BalasPadammurah giler...(orang je belum giler...)
Padamtak sampai lagi wang kelian .. selalu pi pdg besaq saja sbb dkt dgn rmh mertua. 1st time dgr wang belacan!
BalasPadamhaha..mala, wang prachan rupanya!
Padamtak pernah smp sini
BalasPadamgiler menyopping..
Padamseronoknya shopping..
BalasPadammurah harganya..
PadamLain kali mmg kena bawak lori Anim. Kita yg menengok gambor ni pun dah geram dah...
BalasPadammacam2 nak angkut bawak balik, huda. rasa2 macam nak p lagi lah.. heee
Padam