Carian google
Semalam Encik Suami kata dia mesyuarat+kursus di Ipoh selama 2 hari. Bukan jauh sangat pun SP-Ipoh so jarang ikut kalau hari-hari biasa (bukan cuti sekolah). Tapi, dah cuti sekolahkan..
Dengan lemah lembut dan berbudi bahasa kita pun minta izin nak ikut. Jawapan 'ya' diberi Encik Suami tetapi BERSYARAT.
"Abah kerja tau...bukan pergi makan angin...kerja macam biasa..keluar pagi, balik petang, makan semua kena sendiri"
Tak pe..tak pe....sepantas kilat Anim pack baju. Hujan lebat, hujan renyai...highway jammed dek orang KL nak balik kerja esok (Selasa) agaknya@menghadiri Perhimpunan UMNO di PWTC, sikit pun tak merungut.
Keesokannya, pagi-pagi Encik Suami dah keluar. Anim kena urus 2 Abdul ni. Kalau anak bujang, senang sangat. Anim boleh berulit-ulit atas katil@sambung tido@layan blog (free WIFI kat bilik)@baca buku@tengok TV (mewah channel ASTRO). Ini bujang 9 dan 10 tahun, haiyooo...kena lak jenis tak leh duduk terperap di bilik (maklumlah, spesis ayam kampung) kenalah berkorban. (Anim dah "free" 10 tahun sebelum depa ada!)
Waktu breakfast..dah pesan. "Makan pelan-pelan..makan bagi kenyang. Meal seterusnya lunch nanti."
Belum sempat makanan "turun"...diheretnya Anim ke sini.
Lepas mandi, laparlah. Alhamdulillah, sib baik depan hotel ada tempat nak isi perut. Anim ajak pekena restoran mamak opposite hotel (makan nasi, kenyang perut...tahanle sampai petang) tapi depa tunjuk satu restoran bersebelahan hotel. "Makan kat sini je lah Ummi. Senang, tak payah lintas jalan". Haah...iyalah tu...
Abdul sorang ni memang HANTU western. Tapi Anim tak risau sebab sepinggan prawn macaroni cheese ni dia mampu bertahan sampai petang...
Abdul yang ni apapun boleh. Tak taulah berapa lama pan dory ni mampu bertahan dalam perut dia.
Tak tahu macamana Anim boleh "terorder" menu ini walhal perut Anim pun jenis "cari nasi"
P/S Anak-anak ajak shopping di Ipoh Parade tak jauh dari hotel. Waa...tak larat nak menapak, bagilah chance Ummi relax sat atas katil..
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Ipoh Mali Talak Sombong Pt 1"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai