Anim guna Mushaf Tajwid Al- Tasneem
Anim terpanggil untuk update entri tentang Al Quran Digital bila mendapati entri A l Q u r a n P e n R e a d e r yang dipublish satu setengah tahun lalu sudah mencecah 12,000 viewers. Tak sangka yang tujuan asal hanyalah untuk berkongsi cerita menggunakan Al Quran Digital untuk mereka yang tidak boleh membaca Quran dengan lancar.
Anim masih ingat kali pertama bawa Quran Pintar ni ke sekolah di bulan Ramadan tahun lalu. Niat Anim, bolehlah baca Quran waktu rehat..kita kan tak ke kantin. Ada 2,3 geng sekolah ambil kesempatan mencuba. Kemudian, antara soalan yang ditanya ialah.. "Macamana kak baca? Kak dengar, lepas tu baca ke. Kak baca dulu, lepas tu dengar ke? Atau kak baca sama-sama?" Jawapan untuk soalan ini ialah ketiga-tiga cara Anim dah cuba.
Bila salah seorang Ustaz di sekolah Anim pula menegur, "Cikgu Hanim , boleh baca, boleh dengar, boleh ikut, tapi kena pastikan bacaan tu betul tajwidnya, dengungnya, nipis tebalnya. Macamanapun, Cikgu Hanim kena berguru ". Anim terus bertekad untuk melancarkan bacaan Anim dulu sebelum bertalaqi. Anim hargai pandangan mereka. Pada pendapat Anim, kalau dah lancar bacaan, senanglah sikit nak bertalaqi. Satu lagi, kita tahu mana nak berhenti pada ayat-ayat yang panjang...maklumlah kita pun takde ilmu "belajar nafas" dalam bacaan Al Quran macam mereka yang lain. Yang penting, taklah terkial-kial, tergagap-gagap membaca depan Tok Guru!
Hampir 9 bulan (cuti sebulan di bulan Ramadan) b e r t a l a q i , syukurlah kerana adanya Quran Pintar ni, tak banyak yang Ustaz Lah komen dan perbetulkan. "Akak dan abang taklah teruk mana"... bunyinya nampak teruk jugak tu! Selesai bacaan 30 juz Amma , sekarang kami ber2 bergerak pula ke surah-surah pilihan (la ni surah Al-Kahfi).
Mengikut pengalaman Anim, selepas kita rasa bacaan kita semakin lancar , kita perlulah mencari seseorang untuk menyemak, mendengar dan yang penting MEMBETULKAN bacaan kita. Dari situ kita akan lebih memahami dan dapat ikut dengan baik penggunaan warna-warna (tajwid) merah, biru, hijau dan sebagainya pada ayat-ayat Quran tersebut .
Insya-Allah, selepas berguru dengan pen, kita berguru pula dengan mereka yang lebih arif dan dapat membetulkan kesalahan kita. Kalau kesalahan kita tidak dibetulkan, sampai bila pun kita tak sedar yang kita melakukan kesalahan. Kemudian, kita naik ke satu tangga lagi. Langkah kita jangan terhenti di situ. Mudah-mudahan bila bacaan kita lebih lancar , kita dapat ingat hukum tajwid, Al Quran yang semua bertulisan hitam boleh kita baca. Itulah harapan Anim kerana teringin nak baca Quran dengan lancar menggunakan Quran wakaf di Masjidil Haram.
P/S Teringat dailog Abon di Radio IKIM tentang Pusat Pengajaran Al-Quran, Teknik Al-Baghdadi, "Ustaz tak tanya soalan pun!".. Bagi kes kami, dek kerana Ustaz Lah ni merupakan tenaga pengajar di Maktab Mahmud, macam anak murid dia juga, kami pun kena "soalan kuiz" sekali sekala. Haaaaa....berpeluh-peluh juga nak menjawab.
subahanallah..rajin belajar ya, al quran qalam Allah.sebaik2 kita beramal dengan al quran. Tq ke lam,an Pesona.
BalasPadamhttp://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
makin banyak yg kita belajar, makin banyak yg kita tak tahu sebenarnya..
PadamSungguh nak ucapkan terima kasih menghargai blog pesona yg daif tu.Akan cuba terjah blog muslimah ini...
BalasPadamblog saya pun apa kurangnya. dah tua2 baru nak berblog, semua trial and error...
PadamSaya tak tahu kali berapa singgah sini, asalnya memang nak beli, bila jumpa orang promosi mesti ke sini untuk buat perbandingan, buat masa ni yang puan coret saya tahu ada penunjuk tajwid berwarna..
BalasPadamKak belum sempat update panel penyemak mushaf ini.
PadamBukankah itu yg terpenting sekali. Quran yg kita baca betul susunan
dan terjemahannya? Cubalah cari dan dgrkan. Mudah2an dipermudahkan
Allah.
anim,apa nama pengedar/pengluar digital quaran ni?byk brand yg dipasaran, tapi xbyk yg bertajwid(warna)
BalasPadam