Salam untuk semua.
Plan nak ke Langkawi ni tak dirancang awal. Alkisah, Encik Suami memang kerap ke Langkawi atas urusan kerja. Dalam seminggu , adakala 2 kali pergi sana hingga naik cemuih(jemu). Bila Anim sebut nak jenjalan Langkawi lagi, jawapan diberi, "Tak ada tempat baru nak ditengok kat sana. Semua tempatkan kita dah pergi ". (Kali terakhir Anim jejak kaki ke Langkawi ialah pada awal tahun 2011, sewaktu bersnorkling di Pulau Payar).
Nak jadi cerita, minggu lalu (minggu exam) Abdul besar
tapi kurus demam dan muntah-muntah. 2 hari juga dia terbaring di sofa. Bila demamnya kebah...dia masih enggan makan kerana takut muntah. Puas dipujuk dan akhirnya bila si ayah mula risau....."Kena makan, kalau tak macamana Ummi nak bawak p Langkawi. Abah tak balik. Abah tunggu je kat sana"...Dan pastinya orang yang bersemangat memberi perangsang kat si Abdul untuk makan dan kembali cergas tak lain tak bukan ialah si Ummi...heeee...
Kali ini kami menginap di hotel baru "Riverra Inn" di Kg.Padang Lalang, Kuah. Hotel bajet (29 bilik) yang baru sebulan dirasmikan ini begitu simple tetapi moden. Ia kepunyaan pasangan En. Fauzan dan isterinya Pn. Diana.
Bangga si Bonda kerana diberi penghormatan merasmikan Riverra Inn kepunyaan anak. Susah nak jumpa kan? Biasa kita dengar, depa panggil orang-orang besar @ politik @ selebriti untuk rasmi premis perniagaan mereka. Patut dicontohi ni..
Bilik direka dengan warna cerah dan dekor yang ringkas.
Tilamnya tip top...
Kalah Siti Vono di rumah.
Breakfast not included. Tapi tak jadi masalah kerana ada Restoran Sambal Tumbuk di situ.
Suasana kampung..Waktu malam...terasa udara sejuk meniup.
P/S Boleh jengok laman web depa di www.riverrainn.com
Lain-Lain Artikel:
menarik hotel ni ...
BalasPadamHotel org melayu kita . Tu yg seronok stay..
PadamMmg best.. hotel baject org melayu kita..yg bari buka. La restoran tu tukar owner.. nama pun dh tukar ke restoran mee udang
BalasPadamLa resoran tu dh tukar ke restoran mee udang....
BalasPadamtu ka? baru tau..tqvm
Padam