Isi kuliah Ustaz Fadhil Hj Hassan melalui "Halaman Keluarga", Radio Kedah FM97.5 yang sempat dicatat tengahari Jumaat tadi....
UJIAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN
"Apabila diuji dengan kesusahan, dia sangat resah gelisah dan berkeluh kesah. Namun apabila diuji dengan kesenangan, dia menjadi bakhil dan kedekut : Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya"
RAHMAT ALLAH UNTUK MEREKA YG MENGINFAK HARTA
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara terang-terang dan secara tersembunyi, maka Allah akan mencabut 2 perkara dalam dirinya di dunia:-
1- rasa kebimbangan
2- rasa dukacita
~Wang ringgit bukanlah segala-galanya. Rahmat dan kasih sayang Allah yang dicari~
BACAAN SELEPAS TASBIH (SUJUD TERAKHIR)
Dalam solat, semasa sujud terakhir Ustaz mengajarkan satu doa untuk dibaca selepas bacaan (tasbih) semasa sujud iaitu :
يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
'Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbi ‘ala ta'atik'
Ertinya:
"Wahai Tuhan yang membolak-balikan hati ,teguhkanlah hatiku di atas ketaatan kepadaMu”
SEDEKAH MENOLAK KEMATIAN YG BURUK
"Tiada pada seorang lelaki yang bersedeqah kecuali terlepas dari :-
1) mati dengan digigit binatang berbisa
2) mati ditimpa bangunan@terkejut" .
Dengan ertikata lain “Sedekah dapat menolak kematian yang buruk.”
SEDEKAH MENOLAK BALA
Orang-orang dulu selalu buat kenduri tolak bala atau orang dulu-dulu..mana yg betul? Bersedekah itu yang menolak bala sebenarnya....
ALLAH LEBIH SUKA ORANG MISKIN YG BERSEDEKAH
Ustaz membuat perumpamaan orang yang mempunyai RM10 dalam tangan dan nak membeli barangan di kedai. Dia kemudian menyedekahkan kepada yang memerlukan diperjalanannya. Wangnya sudah berkurangan RM2. Dia kini hanya boleh membeli dengan baki RM8 sahaja.
Berbanding dengan orang kaya yang mempunyai RM1000 di tangan. Dia tak merasa kekurangan jika menyedekahkan RM2 atau RM20 mahupun RM200. Kata Ustaz, ada orang yang berkata "Ala Ustaz, sedekah RM2 aja, tak banyak mana. Nilai sedikit itu besar disisi Allah.
SUSAH NAK TIDUR @ LENA
Kalau orang Johor. tidur tu bermaksud tidurlah (lena dah...). Tapi orang Kedah, tidur tu baring2. Lena tu...lenalah. Ustaz bagi doa untuk mereka yang susah nak lena. Ayat tu adalah dari Ayat 11, Surah Al-Kahf.
"Lalu Kami tidurkan dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya"
Amalkan masa nak tidur. Kalau kita dah biasa baca mana-mana surah, Ayatul Kursi dan sebagainya, teruskan. Cuma tambah ayat ke11, surah Al-Kahf ini. Insya-Allah, Allah SWT bagi kita tidur dengan nyenyak.
~Wallahua'lam~
P/S Semoga dapat manfaat sedikit sebanyak.
tu la kan... banyak ganjaranya... tapi kalau ganjaran di dunia ni nanti dapat elak bayar income tax... heee3x...
BalasPadambetul2..tapi kena betulkan niatnya
Padamtang tu yg payah..
Iya Anim..kalau kita faham fadilat sedekah itu...hati kita takkan takut akan kurang harta..kita yakin apa yang kita berikan Allah lah yang akan menggantikannya..insyaallah
BalasPadamyang kita berikan itulah kita punya..yang dalam tangan blum tentu milik kita!