Pagi semalam ke sebuah bank komersial di SP. Maklumlah...kakitangan kerajaan kan baru dapat durian runtuh bulan ni. Niat hati nak bank in sedikit duit dalam account bank yang jarang digunakan ni..Rasa2nya bukan Anim sorang aja yang ada banyak akaun bank
walaupun tak banyak mana duit dalam setiap akaun. Kes-kes kecemasan...depalah penyelamat!
So, p la kat mesin cash deposit. Bila tekan no.acc ..mesin tu kata no.acc tak valid. Haru betul... Then, terus berurusan di kaunter. Bila hulur kad kat kerani...dia check dan bagitau akaun dah tak aktif. Bila disoal balik mengapa pulak tak aktif kerana seingat tuan punya akaunlah...tahun 2011 ada keluar duit dari akaun bank tersebut. Dia check semula dan kemudian mengatakan akaun yang dibuka di Batu Pahat itu sudah lama, sejak 2002. Memang masih tak berpuas hati lagi.
Dia check lagi. Kali ni dia bersuara.."Baki akaun Cik tinggal 55 sen, patutlah dah tak aktif".
Tak sangguple pulak nak menoleh kiri kanan untuk pastikan depa yang disebelah dengar ke dak kata-kata dia. Dalam mengerut muka (konon-konon tak percayalah) ikut jugalah saranan dia supaya berurusan di kaunter lain untuk update akaun. Selesai isi borang, imbas ibu jari dan sebagainya..di"arah"kan pula untuk bank in wang RM5 @ RM10 untuk aktifkan semula akaun..
Huhu... pokai betul agaknya tuan punya kad ni!! Dah plan asal memang nak bank in duit, so serahkanlah wang berkenaan untuk "update" akaun tersebut.
Walaupun tak banyak mana...tapi taklah RM5 @ RM10 seperti yang disarankan.
Selesai semua urusan..tergerak hati nak try check baki akaun di ATM Machine sewaktu keluar bank. Mahu tak terkejut
beruk bila baki yang dipaparkan di ATM Machine RM X550. Aikk..biar betul adik kerani ni. Hang silap tengok ka tadi? Baki RM550 tu hang kata 55 sen??? Malas pula nak bertanya semula kerani di kaunter tadi . Hmm, tapi saspen gak, teringat kes
D U I T M A G I K dulu.
P/S Kena check akaun-akaun lama yang tak aktif...manalah tau rupa2nya ada duit dalam tu!
Lain-Lain Artikel:
keje main2 depa ni.. Patut pegi balik then suruh dia check balik..
BalasPadamtule payah ni bila usia dah meningkat..malas nk bising2. lagi2 tengok muka adik kerani tu cam baru masuk kerja..
Padam