Tak baik tuduh-tuduh tau...dose!
Esok 16 Mei kan Sambutan Hari Guru. Lama dah komen ni tak berbalas. Nak tunggu masa dan waktu yang sesuai sebenarnya. Betullah....bukan semua orang suka kita ...
Jawapan Anim pendek dan ringkas. Kalau melakukan sesuatu pekerjaan memerlukan redha manusia, sampai bila-bila pun manusia tak pernah puas. Ada saja salah dan silapnya. Kita sangka kita buat yang terbaik, pun dikomen juga..
Lagila kalau kita buat sebaliknya....kena hentam saja.
Kita harapkan redha Allah sahajalah. Setiap kali melangkah masuk ke sekolah niatkan Lillahi Taala. Bukankah setiap pekerjaan yang kita lakukan baik kecil, baik besar, baik terang-terangan, baik sembunyi-sembunyi dinilai Allah...
hatta 2 malaikat yang sentiasa bersama kita kiri dan kanan pun tak mengetahui apa dalam hati kita!
Ibarat kilang..tapi produk yang keluar manusia! Sejujurnya Anim lebih TAKUTkan soalan yang perlu dijawab di Padang Mahsyar dari menjawab tuduhan dari seorang yang tak bernama. Waktu mengajar, gaji yang diterima, amanah yang diberikan...semuanya perlu dijawab di Mahkamah Allah. Makin banyak nikmat yang diterima...semakin banyak soaljawabnya nanti. Namun, penghargaan dan imbuhan rezeki yang diterima tetap disyukuri...
Disamping itu KEBERKATAN rezeki yang dipohonkan. Besar mana pun gaji, kalau tak berkat, asyik tak cukup2 saja. Cuba kita renungkan, ada orang gaji lebih rendah dari kita tapi kita tengok rezekinya sentiasa cukup. Bukankan itu BERKAT namanya? Bukan takat berkat rezeki, berkat masa dan ilmu juga. Masa dia macam kita juga 24jam. Tak lebih tak kurang.Tapi macam-macam yang dapat dia lakukan berbanding dengan kita...Betul tak?
P/S Seronok berkawan bersama budak2 kecil di sekolah. Mereka jujur, tak hipokrit. Tak merungut menerima sesuatu..
selamat hari guru kak. semoga pengorbanan ,kesabaran dan penat mendidik pelajar akan dihargai mereka. tanpa guru siapalah mereka..
BalasPadamtq..kak pun turut berterimakasih pd guru2 kak...
Padamtanpa mereka siapalah kita..
Assalamualaikum Anim,
BalasPadamBetoi tu Anim,hati kita tak kan tenteram selagi kita tak pernah bersyukur,selagi apa yang kita dok buat dan terima ni tak diberkati Allah...
Waalaikumsalam k.Ros,
Padambiar sikit imbuhan kita dapat..tapi berkat
dari banyak yg diperolehi tapi "hilang" tak tau ke mana...
betul tu... tanggungjawab mendidik memang berat... tapi jika ikhlas besar ganjarannya di sisi Allah S.W.T
BalasPadamselalu beringat. ilmu berguna yg digunakan anak2 didik menjadi bekalan di alam barzakh..
Padamanim...selamat hari guru..
BalasPadambyk betul jasa2 guru ni tau..dpt menjadi pendidik besar betul pahalanya...
hanya allah jer dpt membalasnya...
tq..tq..
Padambukan kata dah pencen, dah mati pun org panggil cikgu..