Birthday si Abdul kecil ke10 jatuh pada 28 April lalu. Birthdate dia sama tarikh dengan birthdate Saddam Hussein tau (Encik Suami mahukan dia jadi pejuang seperti Salahuddin Al Ayubi). Dek kerana dia kepenatan pulang dari Perkhemahan Bahasa Arab di sekolah .. acara makan2 (pilihan birthday boy ini ialah STEAMBOT) terpaksa ditunda dari sehari ke sehari.
Alamak...cam Tok Arab Saudagar Minyak je....hihi. Happy 10th birthday. Doa Ummi semoga anak Ummi ni menjadi anak soleh, menurut kata dan berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun saiz badan tu sering jadi perhatian dan usikan orang...mesti juga seiring dengan akhlak yang terpuji. Bila ditanya Encik Suami apa azamnya menjelang usia 10 tahun... Dia kata dia mahu lebih beribadat dan dapat banyak A dalam exam. .bajet bagus jek, huhu...
Sebenarnya balik camping 28 April tu...dah dibelikan sepotong kek untuk dia . Hadiah pun dapat malam tu jugak. NERF (dia lebih suka terima mainan dari gajet) hadiah dari Encik Suami dan Cash Box dari Ummi. Dia ni suka menabung tapi TAK TAHAN lihat hari2 dia dok kira duit.
1 Mei, Cuti Hari Pekerja...Encik Suami suruh Anim "tutup dapur". Dia bawa kami ke Mid Gulai Kawah di Sg.Dua (berdekatan
Char Kuey Teow Sg.Dua dan
Aziz Mee Udang ). Punyalah jauh nak lunch...huhu...
Special menu pastinya gulai kawah daging bersama batang pisang (ada 2 kawah). Muka si Abdul kecil dah semacam. "Kata nak bawak makan steambot. Ini bukan steambot!" Laa...budak ni. "Mana ada steambot tengahari buta ni. Petang@malam ni, kita pegilah".
Jarak rumah ke Cinta Sayang Golf Resort Sg Petani tak sampai setengah jam. Ooops...ni selingan sementara menantikan hidangan disajikan (pelayan dok gelak adik haji main snooker).
Bagi chancelah kat dia merasa sondol bola. Selalu main dalam computer game aja, katanya.
Anim tengok bola. Kedah VS Kelantan. Ruang makan pun lengang. Kata adik pelayan..."Kalau kak mai petang tadi, memang tak de tempat. Lepas Maghrib tadi baru clear"..Ooo...ini sudah kira bagus dik. Takle malu nak sorak kalau masuk gol!
Ok..dahtunai dah hasrat dia kan....
Malam 1 Mei 2012...sama kembang macam Ummi dia. Kata Encik Suami, jangan risau sebab badannya "tak lut dek peluru".....hihihi..
10 Mei 2010..... 2 tahun lalu di tempat yang sama. Nampak benar perbezaannya..
P/S Risau juga tengok badannya terus besar...dan besar...dan besar.
Maksudnya Uddin sebaya dgn anak saya Aarif. Happy Birthday Udin! Tak lama lagi lebih tinggi dari Ummi la tu...
BalasPadamwahhh... layan steamboat... naik berasap2x tu... selamat hari jadi juga dari kami sekeluarga...
BalasPadambetullah huda...
BalasPadamtapi jauh beza saiz dgn Aarif..hihi
tq...
tq kazman..
BalasPadamsesuaile untuk dia yg big size..
makan rebus2 jerk..
Amin...semoga jadi anak soleh n bijak...
BalasPadammesti seronok disambut hari lahirnya...kan=))
wah..semangat betul anak anim..baru 10 tahun ye..selamat hari lahir..moga berjaya dalam pelajaran ok..
BalasPadamHappy belated birthday.. Semoga dua'a ummi dan abi termakbul.INSYALLAH..
BalasPadamAA_tq...celebrate kecil2an bersama keluarga saja..janji dia seronok
BalasPadamfieda_semangat belajar dan semangat badan..hihi..
BalasPadamtq..
tq yan..
BalasPadamitulah doa dn harapan yang sering kita panjatkan buat anak2..