Pengalaman rumah digeledah pencuri waktu mula2 berpindah ke SP (2009) gara-gara terlupa mengunci pintu dapur dengan sempurna
"Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya." At Talaq : 3
Imam Tirmizi melaporkan kata-kata Nabi SAW yang bermaksud, "Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali dengan perut kenyang"
Imam Ghazali menggariskan 6 adab berhubung harta benda dalam kitab Ihya Ulumuddin.
1. Mengunci pintu rumah bagi memelihara harta. Malik bin Dinar mengikat pintu rumahnya dengan tali.
2. Tidak ditinggalkan di dalam rumah benda-benda berharga yang dapat menarik perhatian pencuri untuk mencuri.
3. Semasa keluar dari rumah, individu itu perlu menyerahkan keselamatan rumah itu kepada Allah dan dia redha dengan ketetapan Allah. Apabila berlaku kecurian, dia tetap redha dengan Allah.
4. Tidak gundah gulana apabila harta bendanya dicuri. Sebaliknya, hendaklah ia bergembira dan berkata "Jika ada kebaikan pada harta ini pasti ia tidak akan dicuri.". Unta Abdullah bin Omar pernah dicuri orang. Beliau mencari unta itu sehingga penat dan akhirnya beliau berkata, " (Unta itu aku serahkan) kepada jalan Allah."
5. Tidak didoakan kemelaratan dan musibat bagi pencuri itu kerana perbuatan itu membatalkan tawakal.
6.Dia berdukacita bagi pencuri itu kerana pencuri itu melakukan maksiat dan maksiat mendekatkannya dengan azab Allah. Dia bersyukur kepada Allah kerana dia berada di pihak yang teraniaya bukannya yang menganiaya.
P/S Sumber : Tip-tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr.Danial Zainal Abidin
Lain-Lain Artikel:
rumah kami pun dah 3 kali dimasuki pencuri... adehh... redho je laa...
BalasPadambetullah kazman...redha sajalah..
Padampolis pun tak leh settle smpi la kan?
suka sangat dengan perkomngsian ni anin...
BalasPadamsangat bermakna kalo dihayati...
betul tu..
Padamada yg tersirat disebalik yg tersurat..
terlepas entry ni dulu
BalasPadamyg no 5 tu, saya baru tahu..tq kak anim 4 sharing
Haaa...jgnn dok maki, doa perkara tak baik berlaku pada dia.
Padam