Di Madinah
Bimbang haji, umrah dilarang
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Mei - Rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu selepas sekumpulan rakyat negara ini dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemonstrasi di tanah suci itu.
''Ini kerana pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.
''Penganjur perhimpunan itu perlu bertanggungjawab dan berisiko membayar harga yang 'mahal' sekiranya jemaah dari negara ini dilarang mengerjakan ibadat haji dan umrah untuk tempoh tertentu," katanya pada sidang akhbar sebelum mengetuai Konvoi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari UMNO ke-66 di sini hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah mereka tidak terfikir tindakan mereka akan hanya menyusahkan oranglain? Ni yang dinamakan bertindak mengikut emosi bukan rasional.
Beg dah 1/3 berisi pun....
Kejadian di Mekah dan Madinah itu sedikit sebanyak meresahkan kami terutama MIL dan FIL.
We have another 23 days to go...Hanya kepada Allah sahajalah tempat kami mengadu dan meminta pertolongan.
P/S Mudah-mudahan tidak timbul sebarang kesulitan dan sekatan...
Lain-Lain Artikel:
semoga dipermudahkan segalanya..
BalasPadamaminnn..tq...itulah yang diharapkan
PadamTak tau nk komen apa pun..serba salah dibuatnya..
BalasPadamSemoga anim dipermudahkan segala urusan dgn izin dari Allah..
tq ain..
Padamjgn kerana kerbau seekor bawa lumpur...
semua terpalit sama..
semoga selamat berangkat pergi dan pulang.... kami daftar haji jumaat lepas tahun 2049 baru dapat pergi.... sah2x kena buat surat rayuan nanti....
BalasPadamp/s: demo yg menyusahkan semua pihak... Tapi adakah pemimpin kita nak ambik berat mengenai bantahan demo tu???... dari cakap di parlimen sampailah ke buat demo tapi buat derrkk je jugak pemimpin kita... Politik2x...
berangkat p umrah ni. haji belum dpt jawapan. mekasihle doakan..
BalasPadamibarat org mai umah kita..lepas tu buat hal,apa perasaan kita.
lagi2 tanah suci..lainlah rumah sendiri..
niat ke sana kena jaga..
Assalamualaikum Anim,
BalasPadamSemoga semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan Allah segala urusan....jugak selamat pergi dan balik...
Terima kasih k.Ros..
BalasPadammudah2an dipermudahkan segala urusan...amin
Kata orang tua-tua, ikut rasa binasa.
BalasPadamAllahu Rabbi... Peliharalah rezeki kami, hamba-hamba Mu yang sentiasa ingin menjadi tetamu Mu. Hamba Mu yang mahu beribadah dengan penuh keikhlasan di Masjidil Haram Mu dan di Masjid Nabawi Mu... Amiin Ya Allah...
Amin...amin...amin...
Padam