Hari Khamis memang hari yang ditunggu-tunggu.Selalunya Anim kerah
anak-anak cepat masuk kereta untuk ke sekolah. Bukan kerana ia hari penghujung minggu
bagi kami di Kedah. Tapi, awal2 pagi lagi, semua dah berkumpul di dataran perhimpunan sekolah.
Tak nak terlepas bacaan Yassin beramai-ramai setiap pagi Khamis sebelum masuk ke kelas. Payah nak gambarkan suasana "redup dan sejuk" bila bacaan Yassin oleh 400 murid (lebihkurang) dan guru-guru berbumbungkan langit bergema di sini. Jangan terkejut bila Anim katakan ada murid yang hafal surah Yassin ni dan bilangannya bertambah dari bulan ke bulan. Hebatkan bila surah Yassin ada di dada mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat perlindunganNya...
Note: Ini Sekolah Kebangsaan...
Sekurang-kurangnya dapatlah minum air penuh barakah setiap Khamis...
bagus anak-anak ni!!
KHAMIS hari ini, sekali lagi acara "live" dari "jiran sebelah" sekolah. Pengalaman yang bukan sekali dua dapat lihat perjalanan A to Z..dari menggali kubur hingga Imam membaca talkin dari kelas. Namun KHAMIS hari ini...airmata tergenang mengenangkan perjalanan hidup akan datang yang penuh misteri....apa pula nasib kita di alam sana...
P/S Pernah saksikan hujan rintik waktu kubur digali dan kembali redup (walaupun tengahari) bila jenazah diiringi ke perkuburan..
alam seolah-olah turut sama menangisi pemergian arwah. Pernah juga melihat lubang kubur yang digali dipenuhi air, berbaldi2 air dicurah keluar hingga disedut dengan pam air. Pernah juga terlihat kayu-kayu dibawa keluar dari lubang kubur yang digali...Allahu Akbar...Allah Maha Mengetahui.
Lain-Lain Artikel:
sayunya...
BalasPadamkita entah bila........hanya Allah yang tahu..
Setiap khamis bc Yassin,
bagusnya...mmg sangat baik diamalkan utk anak2 kan..a
AA_setiap kali ada pengebumian di situ, hati terdetik bila pula giliran kita..
Padambebudak ni mudah menghafal..baca tiap minggu, dah boleh ingat! depa tak banyak dosa cam kita yg dewasa ni..
MASYALLAHHH... bestkan kalau dah ada anak2 yang boleh menghafal yassin..
BalasPadamyan_Anim yg tua ni pun payah nak menghafal..
Padamanak2 ni tak banyak dosa...tu senang menghafal kan..
Alhamdulillah..semoga anak2 tu semua diberkati oleh allah didunia dan akhirat...
BalasPadamKita pun akan kesana juga...cuma masanya tak tahu lagi bilaa...takut pun ada jugak bila mengenangkan
cukapkah amalan kita yg hendak dibawa alam lg satu tuu..
parents depa pn cukup prihatin bila tiba hari khamis..
Padamjarang nmpk depa mai lewat banding hari lain..
betullah ain, tambah2 bila usia meningkat..kawan2 kiri kanan pun ada yg sudah dijemput kembali..
itu la kan... perjalanan hidup ini banyak lagi yang perlu ditempuh... surah yasin banyak fadhilatnya terutama kepada si penghafalnya...
BalasPadamSayu hati tengok gambar anak2x murid baca yasin... setinggi mana ilmu yang dituntut kalau tak di bungkus dengan iman tiada gunanya....
diharapkan bila ayat quran ada dalam dada mrk, dibaca dan di amal selalu lagi2 dihafal..mereka terhalang dr melakukan perkara mungkar. walaupun kita takkan dpt hasil 100%, 50% pun dah cukup baik dari tak ada langsung. tambah2 byk cerita menakutkan yg dilakukan anak2 remaja sekarang. biarlah mereka yg dari kalangan "rebung" ini dilentur dulu sblm jadi "buluh"..
Padamharap begitu lah... sekurang2xnya lepas tanggungjawab pendidik dalam membentuk salasiah jatidiri murid2x kan... semoga sekolah ini terus mendapat rahmat dengan kejayaan yang cemerlang... aminnn...
Padam