Kertas logo tu dari kertas lukisan dan diwarnakan dengan magic colour
Anim p ke sebuah bank untuk keluar duit. Ada seorang lelaki berusia lewat 20an atau awal 30an duduk menjual sesuatu di luar bank. Sekilas pandang Anim terlihat "Bantulah OKU" gitule lebih kurang.
Anim belek2 duit kecil dalam purse. Cari punya cari.. .jumpalah RM8 . Anim menjengok apa yang dijual OKU tadi (tangan kanannya cacat.. lembik sebelah). Muruku ikan saja yang tinggal katanya. Muruku buatan sendiri dan dipack sendiri..Teringat 2 Abdul kecil dan si bisu yang suka makan muruku. Anim ambil 2 pack (RM6). Nak ambil 3 pack, mana nak cekau RM1 lagi. Dalam tangan ngam2 ada RM8 . Anim bagi semua duit RM8 itu dan memintanya menyimpan baki RM2 itu. Hati menjadi sayu, airmata tergenang bila mendengar kata-katanya, "Terima kasih Puan. Semoga Puan dimurahkan rezeki.."
Bukan tak pernah kata-kata itu diucapkan pada kita, samada oleh rakan-rakan yang kita belanja makan atau sahabat handai bila kita beri sesuatu tapi getar suara OKU itu really touching my heart! Anim seolah-olah dianggapnya sudah melakukan sesuatu yang luarbiasa. Insaf sangat-sangat..RM2 itu mungkin kecil bagi sesetengah kita, tapi besar untuk oranglain.
Anim teringat peristiwa beberapa hari lepas. Anim nak buat n3 fasal doa ibu. Secara kebetulan malam tu cerita "Hilangnya Doa Seorang Ibu" di TV dan keesokannya hot diperkatakan di blog...
dan di mana-mana (Anim tak tertengok tapi kat sekolah, my PK1 dok bising orang rumah dia tonton sampai nangis bengkak mata!). TQ
Fieda. Dapat jugalah Anim tonton cerita ini. Tu sebab n3 tertangguh ...takut kata ciplak idea pulak..
Rasanya semua dah tau kan durian runtuh yang diperolehi oleh warga Felda seluruh negara. My MIL dan FIL pun tak terkecuali. Untuk pengetahuan, depa dapat RM 15,000. Ketua keluarga (suami) dapat RM 5000, isteri dapat RM 5000. Kalau isteri lebih dari satu, RM 5000 tu kenalah bahagi antara mereka. RM 5000 pulak untuk anak-anak (generasi ke2). Bahagi pulaklah RM 5000 tu dengan bilangan anak2 yang ada. So, dek Encik Suami ni 4 beradik...kalau dibahagi dapatlah RM 1250 seorang.
Anim ada juga usik2 Encik Suami...beruntungnya dia kerana dapat bonus terpijak tu. Dia hanya membalas,"tak tergamak nak ambil". Satu malam, Encik Suami menelefon MIL bertanyakan persiapan barang umrah. Anim yang kebetulan ada berhampiran dapatlah menangkap sedikit sebanyak perbualan dia bersama MIL. Anim dapat mengagak soal "durian runtuh" tu ada ditimbulkan oleh ibunya. Dan hati bagai tertanya-tanya bila akhirnya dia menyebut "Ya mak..ya mak. Insya-Allah mak. Mudah-mudahan mak." Airmukanya berubah..nada suaranya seolah-olah menahan sayu. Setelah panggilan ditamatkan...Encik Suami memulakan cerita.
MIL bagitau Encik Suami akan durian runtuh warga Felda Kota Tinggi yang bakal diterima Jun nanti. MIL turut memberitahu agihan wang RM15 000 dan baki RM 5000 nanti, Encik Suami bahagilah bersama 3 adik2nya (Encik Suami anak sulong). Encik Suami bagitau MIL, bahagian dia, dia serahkan pada MIL dan FIL. Dia ada kerja sendiri, duit sendiri, wang itu hak MIL dan FIL. Dia ingatkan balik macamana susahnya MIL dan FIL membesarkan dan menyekolahkan dia di saat2 mereka berpindah ke FELDA tahun 70an dulu. Dia teringat tenaga 4 kerat MIL dan FIL bekerja di ladang dulu. Kerana kesusahan warga Felda ketika itu, mereka menerima bantuan makanan oleh Bank Dunia (sardin, Milo, susu dan sebagainya). MIL dan FIL sanggup meminjam duit dari jiran semasa Encik Suami menerima tawaran belajar di UTM, KL. Orang dulukan..kena sewa kereta, kena dok hotel...bukan ada saudara mara duduk di KL.Terpulanglah pada adik2 yang lain...yang pasti, bahagian dia, dia serahkan pada MIL dan FIL.
Dan rupa-rupanya "Ya mak..ya mak.".dan seterusnya tu.. adalah kata-kata Encik Suami bila MIL memberitahu yang MIL mendoakan Encik Suami dimurahkan rezeki oleh Allah, bahagia rumahtangga dan sihat anak-anak... Tu yang dia sebak...doa yang diucapkan oleh ibunya buat dia betul2 touching...
Apa yang dapat Anim katakan pada Encik Suami ialah.."Doa emak tu....TAK TERNILAI harganya dibandingkan dengan RM 1250 yang bakal diterima"...
P/S Redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...Sentiasa ingat itu!
anim...sgt2 touching la baca entry ni..mmg bertepatan dgn tajuk drama hilangnya doa seorang ibu...kalau dh takde lagi ibu sapelah lagi yg nak mendoakan kita..
BalasPadamsama kes dgn adik beradik suami saya..2 taun lepas fil dah meninggal..al fatihah..
dorang adik beradik dan mil kena gi pejabat pembahagian harta..bila dikira2 dah dikhususkan yg setiap adik beradik dapat 20ribu sorang..adik beradiknya 6 org..mil pun ada bahagiannya..4 org dah berkahwin dan yg last dan second last tak kawin lagi..dua2 pompuan..yg saya respek dgn ke4 empat beradik ni depan2 org yg menguruskan harta ni dorang tolak duit tu dan berkata duit ni utk mak kami kesemuanya...kami dah keje dan ada mata pencarian sendiri..bagi jer semua kat mak..org tu terkejut dan kata masyaallah..kalau lah semua anak mcm ni alangkah bahagianya hati ibu bapa mereka...tetiba saya rasa bangga sgt dgn dorang..adik pompuan tu duit masuk akaun la utk sambung belajar...
sebab tu saya rasa sedih bila ada kes anak sanggup pukul dan bunuh mak ayah hanya kerana duit..Masyaallah..sedih sgt..tergamak dorang kan..
sejuk perut ibu menanggung...
BalasPadaminsya-Allah, bertambah rezeki semua beradik suami fieda (rezeki bukan setakat duit saja)..isteri solehah, anak2 soleh/solehah, kesihatan baik semua rezeki.
dalam hati seorang ibu..pasti dia mendoakan yang terbaik buat anak2nya..
syukran..
p/s mudah2an anak2 kita pun begitu juga...
So touching...WIndu My Mommyyyyyy......
BalasPadamMakkk..
kita berpeluang merasanya nnti yan...
Padammaklumlah kita pun sudah jadi ibu..
Sayu baca cerita Anim dan Fieda... sebak tak terkata...
BalasPadamhuda_saya sendiri kadang2 membayangkan diri saya 20 tahun akan datang..
Padambagaimana nanti anak2 saya melayan saya sebagai ibunya..
bila dah beristeri, dah berkeluarga..
masa mereka kecil nilah, kita tunjukkan contoh terbaik..
mudah2an Allah buka hati mereka utk mencontohi kita..
Anim!!! Air mata CiM dh nk mengalir ni! Both story touching sgt...
BalasPadamSemoga kita semua mndpt rahmat dr Ya Rabb
Salam kenal CiM..
PadamMudah-mudahan ...amin..
Kak anim... Sy menantu org felda jgk.. Tp bila dpt tau anak2 pun dpt bahagian dlm imbuhan tu..sy x berani nk tanya2...maklum la kite sape..tp apa yg sy dgr2 bile asben berborak dgn mak dia..asben tak nk pun ambil bhgiannya cuma disarankan buat korban aje utk adik beradik.. Alhamdulillah bangga plk dpt asben spt tu..sape lg nak puji kan klu bkn isteri...
BalasPadamkak terdengat tazkirah di radio antara kandungannya "anak yg soleh/solehah datangnya dari ibu yang solehah"..
Padamberuntunglah si ibu dan tambah2 si anak...
mudah2an anak2 kita ikut jejak yg baik dari kita..amin..