Sorrylah...gambar tak lawa. Si Abdul tolong hias dan snap!!!
Dek kerana plan nak masak laksam tergendala (tak ada tudung periuk), bahan2 yang ada sudah jadi Laksa Johor semalam. Tinggal tukar dengan spaghetti saja.
Bahan Kuah: (4-5 orang makan)
Spaghetti, direbus bersama garam + 1/2 sudu kecil minyak. Toskan.
3 ekor ikan kembung ~ rebus dan ambil isi
1/2 ikan tenggiri ~ rebus dan ambil isi
12 ekor udang basah ~ rebus berasingan dan dikisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
2.5 cm halia ~ kisar
2.5 cm lengkuas ~ kisar
3 batang serai ~dititik
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan dari 1 biji kelapa (kisar bersama isi ikan)
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam keping
1/2 biji kelapa ~ kerisik. Anim guna 1 sudu kerisik segera
Garam
Cara :
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari (bancuh sedikit air). Kacau rata.
3. Masukkan serai, santan cair. Biar mendidih.
4. Masukkan udang kisar, udang kering kisar dan isi ikan yang dikisar bersama santan pekat. Tambah asam keping dan garam. Tambah kerisik.
5. Masak hingga kuah pekat
Bahan Ulam:
Tauge
Timun
Daun kesum dihiris
Limau kasturi
Lobak asin (optional)
Bawang besar (optional)
Sambal belacan
Cara Hiris Timun:
P/S Wonder...siapa cipta laksa nih sebab spaghetti mai dari Itali:-
yay!! cikgu pun buat laksa johor!! suka2.. =)
BalasPadamGara2 laksa farah lah..
BalasPadampencetusnya, hihi
As salam kak, saya terjumpa n3 laksa johorni=)
BalasPadamsaja tgk resepi akak, sebab saya pun suka buat laksa johor,,,
nampak beza dengan versi saya...
nanti saya cuba buat versi kak pulak...
saya kalo buat timun tu takda la nak gulung bagai, potong ja straight..hehehee
ya...
kadang2 sy terfikir,...laksa johor mmg makan dgn spagethi ke dari dulu?
n...saya suka laksam...suka sangat...
aritu saya buat tepung laksam tak jadi....sampai sekarang serik nak buat,,,
sudahnya, kuahnya tukar jadi laksa johor jugak....
Kak Anim boleh share camana resepi tepung laksam???=))
tryle versi kak ni...
BalasPadamkadang2 malas nak buat sambal belacan, kak bubuh serbuk kari lebih sikit..huhu..
marah orang yg cipta laksa johor ni..
laksam? cam laksam kelantan tu ke? cuba jengok sini http://bicaraneem.blogspot.com/2011/08/laksam-pantai-timur.html