Bulan puasa ni tak sah kalau tak dengar bunyi mercun selepas waktu berbuka @ selepas solat terawih. Walaupun begitu banyak operasi menyekat penyeludupan mercun dari negara jiran, masih ada lagi kedapatan orang menjual mercun. Sekarang, bazar Ramadan bukan hanya tempat menjual kuih muih dan juadah berbuka tetapi juga menjual mercun.
Harga pun melambung..Mercun pop 40 sen sekotak sebelum ni dah jadi RM1..
Bagi peluang mereka main selepas berbuka. Lepas main, kena ikut p masjid
Sewaktu bersembang dengan anak-anak Tahun 3 di sekolah, banyak cerita depa kongsikan. Depa ni kalau bab belajar...liat memanjang. Bagi kerja sekolah 3 ayat untuk disiapkan di rumah...esok pagi.ayat yang itu jugalah tak berubah-ubah. Bila berpeluang mencungkil aktiviti mereka selepas berbuka, membuatkan Anim ternganga..
1. Semua angkat tangan bila ditanya siapa main mercun.
2. Main bukan sebarang mercun.Meriam tanah..meriam tin.
3. Meriam tin dibuat sendiri. Beli kabaid RM5 di kedai Apek, Tikam Batu. Beli dengan ayah..huhuhu
4. Cari tin (milo) atau susu. Belakang tin kena buat lubang.
6. Cari minyak petrol, kayu panjang dan ayaq (air). Tin tu nanti tanam dalam tanah...
7. Bila ditanya tak takut ke putus jari, buta mata dan sebagainya. Langsung tak takut sebab mula main sejak umoq 4 tahun. Emak ayah pun tahu.
8. Alasan depa; mercun nak beli mahal. Dahlah tu...bunyi tak kuat. Beli kabaid RM5 boleh main banyak kali.
9. Meriam tanah buatan sendiri lagi power. Bunyi kuat...pow...pow...pow..kata depalah!
Aduh...luruh jantung Anim. Memang tak ada perasaan takut di wajah masing-masing. Begitu seronok, ceria dan bersemangat bercerita.
P/S Yang bersembang dengan Anim ni, anak-anak Tahun 3, umur 9 tahun...Hebat saintis kampung nih..Ya Allah..selamatkanlah anak-anak ini dari kecederaan akibat kelalaian...
Belum ada komen untuk "Saintis Muda Mercun Tanah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai