2 hari lepas Anim menemankan Si Abdul 2 berpuasa. Dia nak berlatih puasa sebelum tiba Ramadan. Bila hubungi Encik Suami yang berada di Kota Bharu, berat hati dia nak benarkan anak2 berpuasa sekarang sebab ada alasannya sendiri. Bukan apa, puasa tak sampai seminggu lagi...masa tu ada masa sebulan utk berpuasa.
Kesiankan anak2..kawan2 sekeliling semua tak puasa.
Si Abdul kemudian diberi pilihan untuk memilih menu berbuka puasanya sendiri . Pilihannya : burung puyuh masak kicap, udang goreng tepung, kangkung tumis dan tomyam. Maka, kami ber3 menikmati hidangan berbuka puasa di Restoran Idaman, Bandar Puteri Jaya sahaja. Dekat dengan rumah.
Hari ini giliran si abang pula menyuarakan hasratnya untuk berpuasa. Bila dipujuk mInggu depan dah mula puasa, tak payahlah berpuasa sunat, dia berkeras nak latih puasa seperti adiknya.
Balik sekolah, dia bertanyakan gilirannya pula untuk memilih tempat berbuka. What??? Tak nak mengalah juga dia rupanya. Dia memilih untuk ke KFC. Demi memenuhi permintaannya, jam 7.15 petang kami dah berada di KFC berhampiran Tabung Haji SP.
Selain cheesy wedges kegemarannya, whipped potato, coleslaw dan twister (utk Anim) ada satu lagi permintaan. Kami mahukan 5 pieces chicken drumstick original. Depa memang tak minat part lain.
Pelayan di kaunter meminta kami menunggu selama 15 minit kerana drumsticks yang sedia ada tidak mencukupi. Bila Anim mengangguk kerana ada masa lagi (waktu Maghrib jam 7.37 malam). Dia sempat bertanya, "Nak buka posa kak?" Eh..tau2 aja dia nih...
Ganjaran buat si Abdul kecil selepas sehari berpuasa...
enjoy eating nak. Bulan Ramadhan nanti kita tak berbuka di sini tau, abah memang tak minat KFC.
Kalau 2 hari lepas, si abang "tumpang" ganjaran si adik, kali ni giliran si adik pulak. Dek kerana hari ni dia tak puasa..kami pulak ada 15 minit lagi utk berbuka, twister Anim pun dah tinggal 1/2 bahagian. 1/2 lagi???? Dah tak nampak bayang...
Drumsticks panas-panas yang tiba tepat pada waktu kami membaca doa makan. 2 untuk yang berpuasa , 2 untuk si adik yang tak berpuasa, 1 untuk Ummi. Beruntungnya budak sekarang. Setiap yang dilakukan ada sahaja ganjaran yang diterima.
P/S Seketul ayam, 2 wedges, 5 sudu kecil whipped potato + coleslaw, 1/3 twister, 1 hot chocolate, perut ummi masih berbunyi lagi. Balik rumah...masak nasi, goreng ikan pekasam dan kicap. Ahhhhh...baru sejuk perut ini rasanya..
Belum ada komen untuk "Ganjaran Berpuasa@bulan Syaaban"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai