Ramainya orang...macam kenduri kahwin pula. Pekerja pun sibuk ke sana kemari. Sekejap je meja yg pelanggan dah selesai pelanggan dibersihkan. Apataknya, org keluar masuk tak berhenti. Mula2 sangka sebab hari ni hari Sabtu.. Kata Encik Suami (dia biasa ke sini) memang ramai macam nilah hari2 biasa pun..
Kedudukannya yg terletak di tepi jalan besar (ke Butterworth) memang strategik. Dari tepi jalan dah nampak asap berkepul-kepul..pekerja membakar ikan ..
Udang,ketam,daging,sotong, jenahak, merah, siakap, pari dan bermacam jenis lagi. Pendekata bila Encik Suami suruh Anim pilih sendiri nak makan apa. Aduhh..dah bingung. Anim tak boleh nampak banyak pilihan begini. Bingung dibuatnya. Belek, letak, belek, letak...last2 ini aja yg Anim rasa nak makan.
Ikan pari yg dibakar dalam foil. Rasa so..so..sahaja. Takat garam+kunyit. Lembut..tak kering.Yg macam arang tu...daging (lemak kot) bakar. Pencicah ayaq asam ada, sambal kicap pun ada....
Gulai daging+umbut pisang dan sup daging. Plus seekor keli bakar, ulam2an, 3 apple juice n 1 air nyuir.Macam tak penuh meja makan kami ber4 tapi terkejut bila bil for lunch ni RM40. Aiikkk, kalau di sebelah Kedah ni...mau penuh satu meja pun belum sampai RM30.
On the way nak ke kereta, ternampak sesuatu yg tak pernah Anim lihat sebelum ini. Oooo...nilah rupa umbut pisang yg dimasukkan ke dalam gulai daging tadi...Mmm..tak sangka selain buah, jantung dan daun pisang...ada part lain dalam pisang yg boleh dimakan. Mak kat kampung mesti terkejut kalau Anim cerita nih...
P/S Terkenang gulai daging umbut pisang air tangan Cikgu Sopana...memang best!
Belum ada komen untuk "Ikan Bakar@Permatang Manggis"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai