Waktu menulis n3 ini, umat Islam telah memasuki hari ke19 Ramadan. Alhamdulillah...Anim masih berkesempatan merasai Ramadan tahun ini. Tahun hadapan..tak tentu lagi. Masa beredar begitu pantas. Sedar tak sedar Syawal akan menjelang beberapa hari lagi.
Setiap pagi Ahad, selepas assembly, tazkirah pendek oleh para ustaz dan ustazah akan diadakan di sekolah Anim. Alhamdulillah, program ini baik sekali kerana pada Anim, sesekali wajar kita diperingatkan. Maklumlah...kadangkala kita leka, lena dan alpa.
Hari ini Anim dikejutkan dengan berita dari Ustaz Akmal mengenai seorang guru dari sekolah berhampiran yang meninggal dunia mengejut dalam usia muda semalam. Pagi itu arwah begitu sihat menjalankan aktiviti di sekolah. Namun ajal menjemputnya ketika menunggu keretanya di tempat servis kereta. Dia meninggal dunia ketika duduk di kerusi di tempat berkenaan. Innalillahi wainnailahirojiun.
Tengok tu, Miss Choo dan Mr.Ramadas pun turut sama mendengar (tak de paksaan)
Pada suatu malam ketika seorang yang soleh sedang tidur maka dia telah bermimpi melihat malaikat maut.
Maka dia telah bertanya: ” Wahai malaikat maut! berapakah lagi baki umurku untuk hidup?”.
Maka malaikat maut telah menunjukkan isyarat dengan tangan dengan menunjuk 5 jarinya.
Maka dia bertanya lagi mengenai angka 5 tadi samada ia menunjukkan 5 tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari.
Tiba-tiba sebelum malaikat maut itu menjawab soalannya maka dia telah terjaga dari tidurnya.
Untuk mengetahui jawapan mengenai mimpinya itu maka dia telah pergi menemui Ibnu Sirin yang merupakan seorang ulama’ yang hebat dalam ilmu tafsir mimpi. Dia bertanya Ibnu Sirin : “Sesungguhnya aku telah melihat malaikat maut dalam mimpiku dan aku telah bertanya kepadanya mengenai baki umurku. Malaikat maut itu telah mengisyaratkan kepadaku dengan menunjuk 5 jarinya dan aku tidak dapat tahu mengenai angka 5 yang diisyaratkan tadi samada 5 tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari.
Mendengar soalan yang telah dikemukakan, maka Ibnu Sirin menjawab bahawa angka 5 itu bukanlah bermaksud 5 tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari tetapi perkara yang hendak diberitahu oleh malaikat itu ialah berkenaan dengan soalan engkau yang merupakan salah satu daripada 5 perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah.
Perkara itu adalah sebagaimana firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman yang bermaksud : Sesungguhnya di sisi Allah sahaja pengetahuan mengenai hari qiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dilakukannya esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Sumber : di sini)
P/S : Malaikat maut boleh bertamu bila-bila masa jika sudah sampai waktunya tanpa terlewat ataupun terawal walau sedetik. Mengingati mati sungguh menginsafkan.Lebih2 lagi bila yang pergi itu sahabat sendiri, yang pagi tadi masih sempat bergurau senda...
Lain-Lain Artikel:
Allahuakbar...masa untuk pulang sudah semakin hampir.... semoga kita bersedia...dan diterima segala amalan...diampunkan segala dosa... dan ditempatkan disyurga firdaus Nya....ameen....
BalasPadam