Selesai urusan shopping baju Melayu untuk 2 Abdul (dan Bapak Abdul) serta sepasang baju kurung bermanik sedondon warna untuk Anim di Lagenda Heights, perut mula menunjukkan tanda2 minta diisi. Masa shopping, tak rasa lapar pulak.Ikan bakar? No, no, no... Nasi kandar? No, no, no...Western food? Lagila no, no, no, no... ""
Kalau teringin makan gulai, sinilah tempat dituju. Di Sg.Pial, on the way ke Tanjung Dawai. Gulai sembilang yang dicari...kalau tak ada sembilang, kami angkat kaki.
Kedai makan dari pandangan luar, sederhana rupanya. Orang??? Memang ramai. Tapi bila dah duduk sini, baru tau macamana sibuknya toke kedai dan pekerjanya..hingga "berlari2" hantar nasi. Satu syarat, kena sabar menunggu sebab ibarat "restoran tomyam thai"...semua panas2 belaka, ikut order. Ikan sembilang pun kena timbang dulu..so, harga ikut pasaran laa..
TQ pada Encik Suami yang sporting ambil gambar ni kat dapur kedai makan. Hahaha...toke dia turut memasak tau...
Nilah tarikan hidangan yg menambat hati Anim. Kalau di Johor, sembilang dimasak asam pedas. Kat sini...gulai sembilang dalam periuk tanah . Istimewanya gulai ni, tak guna santan. Kuah boleh dihirup tanpa risau .Tuannya beritahu kami dulu (ini kali ke 3, Anim ke sini dgn anak2), rempah yang digunakan dibuat sendiri. 2 kepala sembilang tu milik Anim dan si Abdul kecil.
Ikan sembilang saiz kecil sikit digoreng panas2. Sedap pulak ikan sembilang goreng walaupun hanya digaul rempah kari, kunyit dan garam sahaja.
On the way pulang ke SP, ternampak buah ini bergantungan di tepi jalan. Perlahankan kenderaan, nak kata rambai bukan rambai, rupa iras buah cermai. Buah jentik katanya. Sesuai untuk orang darah tinggi, ye ke? Buah hutan agaknya kot. Boleh tahan mahal . RM6 satu ikat. Mmmmm....mula2 rasa manis, kemudian masammmmm.
Nilah rupa isinya. Senang dikopek. 2 Abdul minta dibelikan. Bak kata pakcik yg menjual ni, "Kat KL tak jumpa buah ni.." Hmmm....mesti ingat Anim ni pelancong dari KL .
P/S Kedai makan gulai sembilang ni ditutup sepanjang bulan Ramadhan .
Belum ada komen untuk "Gulai Sembilang@Sg.Pial"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai