Sebut nama keladi, macam2 perkataan yg boleh dikaitkan dengan keladi.
Tua-tua
keladi, makin tua makin menjadi. Makin kubur kata mari....makin tak sedar diri. Lagi???
Ibarat menyiram air di daun
keladi.Ibarat menegur si perokok. Letaklah gambar mengerikan di kotak rokok tu, naikkanlah harga rokok, kuarkan fatwa haram merokok, hmmm..dah tak makan nasihat.
Satu lagi..terima kasih daun
keladi. Kalau boleh, berilah lagi. Beri apa??? Harap2 bonus tahun ini (utk Pak Najib kita!! Jauh ni nak balik raya..duit tol, duit minyak, duit makan2, duit jajan, duit hulur kat mak, kat adik, kat anak2 sedara..takkan bawa balik angin utara saja.)
Favourite Encik Suami ialah keladi goreng. Tak kisahlah sama ada digaul dengan garam, bawang putih yang ditumbuk bersama bawang merah dan digoreng atau digoreng bertepung seperti pisang goreng. Kemudian, dicicah dengan sambal kicap.Masalahnya... mana nak cari keladi macam di Johor? Dek kerana lama tak menjamah, bulan2 posa ni teringin pulak dia rupanya. Pulang dari pasar malam,(Anim sedang menyiapkan Nasi Tomato) sibuk pulak dia mengupas keladi dan dipotong-potong,
Rupa-rupanya dia berhajat nak makan goreng keladi bercicahkan sambal kicap untuk berbuka. Bila ditanya kenapa lain rupa keladi yang dibeli, terkejut bila diberitahu harganya RM5 sekilo (kat Johor baru RN3). Dan tambahnya, keladi di Kedah sesuai untuk asam rebus dan pengat.
Nilah keladi bumi Kedah yang digoreng ..Rasanya agak tawar berbanding keladi di bumi Johor. Tak dapat rotan, akar pun berguna. Hidangan untuk berbuka dan kudapan balik bertarawih di Masjid Taman Keladi, Sg.Petani malam tadi.
(elok sangatlah tu!!)
P/S Teringat sambal sulur keladi Bonda. Sedapnya.....
Belum ada komen untuk "Keladi Goreng"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai