"Kolak" ialah nama jawa bagi
pengat. Secara umumnya, pengat bererti kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah manis. Bubur? Tak sesuai sebab lebih cair. Tak tau nak bagi nama apa pada pengat nih. Pengat pisang+keledek+keladi =?. Pengat PK2...hahaha..boleh la kot. P=Pisang. K2= Keladi, Keledek. Selalunya pengat keledek dan keladi dimasukkan cha cha (macam cendul kaler2 tu)...tapi kali ni spesel sikit. Masuk pisang....
1 keladi ~ sederhana besar
1 keledek ~ sederhana besar
(dipotong dadu dan direbus + sedikit garam hingga empuk. Toskan)
6 batang pisang ~
Anim guna pisang nangka. Hiris tebal.
3 keping gula nira ~ yg bulat dipotong kecil
50 sen sagu biji ~
Anim guna separuh saja. Rendam kembang dan toskan.
RM1 santan pekat
Daun pandan, disimpul dan sedikit garam
Cara :
1. Cairkan gula nira bersama air di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Ketulan gula dah cair, masukkan pisang dahulu diikuti keledek dan keladi yang telah direbus.
4. Masukkan santan pekat. Dah mendidih masukkan sagu biji dan sedikit garam. (
syarat je...)
5. Tutup api
6. Kombinasi manis keledek, masam pisang nangka dan rasa tawar keladi tu yang melengkapkan rasa antara satu sama lain.
P/S Favourite Encik Suami ni. Berulang2 dia makan...lepas terawih dan sahur nanti, mesti dia cari lagi kat dapur..
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Kolak @ Pengat PK2"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai