Awal cuti persekolahan lepas, Anim sempat pulang ke Johor menjenguk keluarga. Walaupun tinggal berjauhan beratus2 kilometer, jika berkesempatan pulang ke kampung...Anim akan penuhi segala aktiviti dan inilah masanya Anim JJCM dan sudah pasti menu hidangannya tidak ada di Sg Petani. Kebetulan MIL dan Bapak ada bersama...kami bawalah mereka sekali.
Nilah tempat favourite kami...terletak di tepi Sg Batu Pahat. Walaupun kedua belah keluarga kami memang Johor jati tetapi asam pedas Bonda (Kluang) dan MIL (Kota Tinggi) berbeza dengan asam pedas Batu Pahat. Kuah dan pilihan ikan kedua2 daerah itu juga berbeza dengan asam pedas Batu Pahat. Dan secara jujurnya, tekak Anim dan Encik Suami lebih terarah ke asam pedas Batu Pahat.
MIL
Ekor ikan merah..ni favourite Anim....
Kuah lebih cair..boleh dihirup. Pari .....kegemaran 3 Abdul Anim
Hidangan "regu" asam pedas. Hidangan tradisi orang Johor... tauhu+tempe goreng, potong kecil, timun, dan tauge dicurah sambal kicap.....meleleh air mata......air hidung......kepedasan
P/S Bilalah nak makan Murtabak Singapore di Jln.Muar...ish..ish
waaahhh makan sakan...kak nanti saya g makan murtabak tuh ek...:)
BalasPadampuasa nnti sebulan tak jln2 cr makan..kan??
BalasPadamtolong makankan sekali mee bandung sederet kedai dia.hihih..balik hr tu ikut tol yong peng..payah nk singgah.
ok..no problem punya..makan punya pasal...:)
BalasPadamala raya pun akak leh g makan...rayakan sebulan..
BalasPadambetul2...tapi org johor kalau raya, tutup kedai pun dkt sebulan
BalasPadamsedap tau makan satay kat me bandung muo tu kak...soto die pun best kan?hehehhe ayat nak bg jeles tuh...
BalasPadam