Anim baru terima sms Ustazah Rahaizita (guru Al-Quran anak2, 2 tahun lalu) di Batu Pahat pagi tadi, mengundang kami sekeluarga ke majlis kesyukuran menyambut ahli baru dalam keluarganya Sabtu, 12 Jun ini. Tahniah diucapkan buat dia dan pasangannya, Jafri...lama dah menanti kehadiran cahayamata pertama ini. Si comel yang diberi nama Wafa Wazirah ini pastinya menamatkan penantian mereka. Tahniah....
Wajah Wafa Wazirah yang dikirim melalui MMS.
Wafa Wazirah diusia 3 hari
Anim juga tumpang gembira dengan kehadiran putera pertama sahabat Anim, Nora yg diberi nama Muazzin Syafi Annur yg bererti pelaung azan yg menyembuhkan lagi bercahaya.Tentunya kelahiran Muazzin menggembirakan ibu, ayah dan 4 kakak-kakaknya. Kelahiran Muazzin juga ibarat pengganti kepada arwah abangnya yg meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan 2 tahun lalu. Belum dapat nak upload gambar kerana baru 37 hari...tunggu habis pantang..
Juga tak lupa kepada rakan sejawat, Hasniyana yg melahirkan bayi lelaki premature. Aqeel Amsyar diberi nama. Teringat sehari sebelum bersalin, dia gagah datang bertugas walaupun nampak tidak sihat. Terkejut bila keesokannya harinya, dia menghantar sms sudah bersalin normal...hampir jauh sebulan tarikh due. Alhamdulillah ...mereka berdua sihat. Tahniah kerana Yana sudah punya sepasang anak sekarang.
Khabar gembira juga Anim terima Mei lalu dari sepupu,
Fariz dan isterinya Fariza yang baru menerima kedatangan seorang puteri dalam keluarganya. Ijlah Khadijah....indah sungguh namanya. Benar..ketika dugaan pergi maka datanglah ganjaran yang tidak diduga. Pada 13 Mac 2010, anak kedua pasangan ini Ikram Ithar telah kembali dijemput Allah SWT akibat jangkitan kuman di paru-paru di Wad ICU, Hospital Serdang, Tentunya kehadiran puteri comel ini menggembirakan dan mengubat kesedihan hati Fariz, isteri dan abangnya, Irsyad Ilham.
Namun dalam bergembira menerima kehadiran permata hati, Anim turut menerima khabar duka dari Kluang, Sahabat Aneem, Normah telah kehilangan bayi yang dikandungnya selama 9 bulan. Bayi itu dijemput Illahi sebelum sempat melihat dunia. Takziah Anim ucapkan buat Normah dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan ini pasti turut dirasai oleh ketiga-tiga abangnya.
Sebagai hamba Allah, kita hanya mampu bersabar dan redha dengan segala dugaan yg menimpa. Ada lagi insan yang lebih hebat dugaannya dari kita. Di dada akhbar hari ini,
Berita Harian berita seorang suami yg kehilangan isteri dan keempat2 anaknya sekaligus amat meruntun jiwa. Ibarat kehilangan barang yg kita sayangi..bukan satu atau dua...semuanya sekali. Benar, anak adalah anugerah yang Allah "pinjamkan" untuk kita. untuk dipelihara, untuk dididik. Jika ditakdirkan Allah ingin mengambil semula apa yang DIA pinjamkan, sabar dan redha dengan rencana Nya.
Anim sendiri diduga dengan berpeluang menjadi Ummi setelah 10 tahun hidup berdua. Kalau dihitung usia perkahwinan..rasa2 anak sulong Anim dah masuk kolej. Syukur kehadrat Illahi kerana berpeluang menjadi ummi kepada 2 anak lelaki Anim kerana Anim percaya masih ada sahabat2 di luar sana yg ternanti-nanti tangisan anak kecil di rumah mereka. Ya, rencana Allah jauh lebih indah dari yang kita jangkakan. Berdoa dan memohon keredhaanNya..Mudah-mudahan Allah gantikan kesedihan kita itu dengan kegembiraan yang berganda-ganda. Insya-Allah.
Tiada kata yang mampu diucapkan buat Kak Anim sekeluarga, hanya ungkapan Jazakallah khaira katsiran yang mampu diucapkan kerana meletakkan gambar Ijlah di blog ini. Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh Kak Anim, masing-masing ada dugaan tersendiri yang terselit disebaliknya hikmah Allah yang kita tidak ketahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana
BalasPadamYa..setiap dugaan yg berlaku ada hikmahnya.
BalasPadamMudah-mudahan kesabaran kita menghadapi dugaan,
Allah gantikan kebahagiaan yg tidak disangka-sangka.
Insya-Allah