Lepas solat Maghrib, kami anak beranak turun ke lobi. Encik Suami dapat join sekali. Seronok sebab plan nak pergi pasar malam Satok yang dibuka pada petang Sabtu dan berakhir pada tengahari Ahad. Tau ajalah bila bawa 2 Abdul p pasar malam, susah nak cari barang. Tiba-tiba terpandang seseorang!
Mala Razak dan suaminya Adnan. Kedua-duanya kawan sekelas Anim semasa kursus 14 minggu di IPTHO, BP. Datang bercuti dengan 6 anak2nya. Rupa2nya dia datang bersama grup Mazlan (kawan sekolej yang Anim jumpa 1st day). Depa satu sekolah rupanya ...Kecik rupanya dunia ni. Hmmm.. jumpa di Sarawak.
Ni tempat favourite Ummi. Fridge Magnet...
Si Abdul ni pantang nampak toys..
Tugas si ayah...cari baju anak-anak..
Ralit Si Abdul yang sorang lagi di sini....
Pandai pulak Encik Suami cari kain...nak beri mak dia, mertua dia (mak Anim la), mak Uda. katanya. Ada 2 lagi extra tu..dia nak bagi sape ek? Nanti Anim siasat...
Jumpa sayur pelik di Pasar Malam Satok.
P/S Jangan lupa pekena Mee Kolok di Pasar Satok...mmmmm..delicious!!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Sarawak....Pasar Malam Satok"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai