Ini ziarah kali ke2 ke Gunung Jerai. Kali pertama pada 2001. Terkejut kerana Gunung Jerai sudah banyak berubah..Dulu orang awam boleh menikmati keindahannya dengan berjalan kaki. Sekarang, kawasan untuk dilihat oleh orang awam terhad kepada tempat parking kereta sahaja...Hanya penginap resort seperti kami sahaja yang dibenarkan masuk meninjau kawasan sekitarnya.
Pengambilalihan Gunung Jerai Regency Hill Resort banyak membawa perubahan kepada landscape di sini
.
Atas gunung pun ada wifi...cayalah
Sejuknya mengalahkan Cameron Highlands. Bilik ini RM180 semalam. Mungkin kerana tiada pembangunan rancak. Harap-harap Gunung Jerai kekal begini..dengan pemandangan semulajadi..dengan suhu dingin menusuk ke tulang.
Pemergian kali ni kena naik sampai ke atas puncak. Kami bercadang nak ke Padang Tok Sheikh dan Batu Shaff. On the way, ternampak sesuatu yang menarik mata dan hati Aneem.
Telaga Tok Sheikh. Khabarnya air dari telaga ini bebas dari klorin dan mempunyai pelbagai keistimewaan.Badan yg letih akan kembali segar selepas minum air ini. Nama telaga ini diambil dari nama Tuan Sheikh Abdullah Yamani iaitu orang yg bertanggungjawab mengislamkan Sultan Kedah waktu itu. Air dari telaga inilah yg digunakan semasa pembinaan masjid di puncak Gunung Jerai suatu masa dulu.
Sunyinya..hanya kami sahaja di sana..
Biasalah..part adventurous tu...serah kat Anim. Nampaknya turun ke anak2...Lagi mencabar ....lagi mereka suka..Laluan bertangga menuju ke Padang Tok Sheikh dan Batu Shaff. Lupa nak bilang berapa jumlahnya..Ada berani kaa pergi seorang diri????
Tanah rata di puncak Gunung Jerai. Pelikkan macamana pokok boleh tumbuh di area berbatu di sini. Jenazah Tok Sheikh turut dikebumikan di kawasan tanah rata berdekatan dengan menara di sini.
So, please behave
....
Menara dibina ini bukan sahaja dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah.
Khabarnya pada suatu hari Sultan Kedah bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab?
Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah
menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.
P/S Ralat sangat sebab tidak singgah membeli cendawan shitake hybrid di Gunung Jerai. Sangka Anim itu kawasan persendirian dan tidak dibenarkan masuk..dah lalu tapi tak singgah..ralat!!!
galat tu...maknanya len kali kene g lagi...
BalasPadamkak nanti amik tag award kat blog saya ek..
bercinta nak naik tu...nak kena stay,
BalasPadamjalan dia kalah cameron highlands..
kay, kak dh jawab
srnk bc blog anem ni bnyk info yg leha dpt..leh dn suami memng suka travel......ada uit je jalan.............
BalasPadamiyalah..kalau itu mggembirakan kita
BalasPadambuat sajalah..
duit boleh cari..
keseronokan bersama keluarga takleh dibeli
Salam.. bolehkah ke Padang Tok Sheikh pada waktu malam? Bagaimanakah suasana di kala malam hari? Boleh Puan Aneem memberi sedikit deskripsi?
BalasPadamIsh, tak taula suasana mlm
BalasPadamkat pdg tok sheikh...
tak ada lampu jalan area situ
sianghari pun sunyi sepi
dikelilingi pokok yg kita hairan
mcmana boleh tumbuh di kwsn tanah rata tak bertanah itu...
secara jujur, sy pn tak 'berani'
pi malam hari
Al-Fatihah buat Syeikh Abdullah..
BalasPadamAlfatihah...
BalasPadammcmana nk pegi ke padang tu? saya tak nmpk sign board pun..tq
BalasPadam