3 hari lepas, terima panggilan Kak Azimah, rakan setugas di Klang 10 tahun lalu dari Bandar Baru Bukit Raja, Klang. Inilah kali pertama mereka nak makan angin ke utara disamping menziarahi rumah rakan2 anaknya yg tinggal di Tikam Batu dan Alor Setar (sama2 menuntut di UITM Sarawak). Lepas tu nak teruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis pula.
Olehkerana rumah Anim dah macam kapal karam dek belum habis berkemas sejak pulang dari Sarawak..maka Anim bawa Kak Azimah dan familinya makan tengahari bersama. Sempat meminta mereka membuat pilihan samada nak mencuba Gulai Sembilang atau Ikan Bakar. Pantas dijawab suaminya. ."Ikan Bakar".
Kami bawa mereka ke Tanjung Dawai kerana dari situ mereka boleh meneruskan perjalanan ke Alor Setar mengikut jalan Yan, tidak perlu balik ke Sg Petani, menggunakan highway.
Gerai Ikan Bakar di Tanjung Dawai yang terkenal waktu makan tengahari (malam tutup)
Bersebelahan dengan jeti Tanjung Dawai
Seronok tengok anak2 bujang Kak Azimah makan. 2 jenahak, 2 pari dan 4 ekor ketam dibakar. Ditambah ulam-ulaman, lala lemak cili api dan udang goreng tepung. "Sedap...ikannya fresh."
Jenahak bakar cicah air asam...terliur laa..
Berhadapan dengan laut...mana tak berselera makan..
P/S Seronok dan terharu bila kawan-kawan lama masih ingat Anim..
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Ikan bakar@ Tanjung Dawai"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai