Sewa van untuk 8jam hari ini. Destinasi pertama ialah Serikin yg mengambil masa 1 jam 10 minit (bersempadan dgn Sarawak -Kalimantan). Kalau ke Sarawak kena lah ke Pasar Serikin, kerana barang barang dari Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah di sini. Memandangkan ini lawatan ke2 Anim ke Sariken..tidaklah begitu teruja. Cuma "teruja" memikirkan reaksi anak2 sebab pemergian kali pertama 3 tahun lalu tanpa ditemani anak2.
Dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja . Inikan musim cuti sekolah, hmmm... sesak dan penuh dengan pengunjung. Lagi satu, kena "buang segala-galanya" sebelum ke sini kerana kemudahan tandas di sini agak terhad (tandas kampung). Orang ramai pulak menanti giliran. Jangan banyak minum air tau..
Sebaik tiba, matahari sudah menonjolkan dirinya. Pasar Serikin ini terletak jauh dari bandar Kuching. Walaupun masih banyak pokok2 yang tak ditebang, aduh...kawasan Serikin ini memang panas. Kalau 9.30 pagi pun dah panas begini...mcamanalah jam 11-2 petang (dibuka seawal 7 pagi dan ditutup 2 petang)
Macam2 ada di sini, kain pua kumbu , batik, sarung, tikar sarawak, beg kulit, barangan kristal dan mutiara, telekung, beg / barangan kulit dan banyak lagi barangan tak terambil gambar dek Anim. la lebih kurang dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang ataupun Langkawi. Barangan yang dijual adalah unik dan tak sama kalau nak dibandingkan dengan tmpt2 lain Kena pergi kalau nak tahu...
Kalau 3 tahun lepas Anim memborong baju sulam, telekung, kristal kaca dan tikar...kali ini Anim tak sempat nak habiskan semua kedai. 2 Abdul dah tak larat nak berjalan dalam panas. Merengek nak balik. Penat..haus...lapar...di sini memang payah nak jumpa tempat makan.
OTW ke Santubong. Singgah sebuah restoran. Sebelah kiri restoran....pemandangan Gunung Santubong
Semua dah "jatuh cinta" dgn pucuk midin. Hidangan wajib ada...
Blackpepper crab. Restoran ini guna ketam nipah
Siakap dan kerapu masak 3 rasa
Macamana boleh tak koyak telur dadar nih (5 butir).Besar mana kuali dia? Dish ini yg direbut dulu...
Blurp.....alhamdulillah
P/S Aktiviti waktu malam hari ke2 bersambung selepas ini
.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Pasar Serikin@Sarawak"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai