Seawal 5.30 pagi dah gerakkan anak2...cepat2..kul 6.45 pagi ada orang nak hantar kita ke airport". Macam lipas kudung...sempat juga Anim "paksa" anak2 minum Milo dan roti sekeping. Mereka macam tak lalu saja pagi2 ni tapi kena telan juga. Alasan Anim, buat alas perut..manalah tahu tak sempat minum di Penang airport. Kami ber3 ni nak ke Sarawak. Encik Suami ada sukan jabatannya di sana. Dia dah terbang semalam..sebab tiket free. Kami ni yang guna duit kocek sendiri, bertolak lewat sehari kerana terdapat percanggahan tarikh tiket dia berlepas. Tau ajalah, nak tukar tarikh dengan MAS ni..beza sehari dua dah berlainan harga. Pertama kali bawa anak2 naik flight sendiri tanpa ditemani suami.
Kami dijangka berlepas ke KLIA (transit) 9.00 pagi tapi nak ke Penang Airport tu, jammed pagi2 org p kerja..kat jambatan PP..jammed kat jalan..jammed depan kilang.Tiba Penang Aiport dah 8.07 pagi. Check-in, guna printed tiket eletronik online. Elok saja kedua2 luggage Anim di tampal pita pelekat dan mula bergerak automatik ke tempat luggage, Anim diberikan 3 tiket oleh petugas MAS tadi.
"OK Puan, ini tiketnya."
Baru 3 langkah menapak..Anim tertanya2..eh, mengapa 3 sahaja..bukan 6 tiket.
"Nanti saya kena check in semula ke kat KLIA?".
Dia memandang Anim kehairanan dan bertanya, "Puan nak ke mana?".
"Ke Sarawak, transit di KLIA".
Sepantas kilat dia bangun dari tempat duduknya dan berlari mengejar luggage Anim tadi yang sudah bergerak masuk ke dalam. Nasib baiklah mesin penggerak itu perlahan , dapat disambar luggage Anim. Ada 2 rakannya yang perasan adegan tadi datang ke kaunter Anim berurusan. Mereka membantu menanggalkan pita KUL tadi dan diganti baru KUL-KCH. Silap dia lah sebab tak tengok betul2 tiket eletronik penumpang. Berubah juga airmukanya. Nasib baiklah ringan mulut Anim. bertanya. Kalau tak check... alamat luggage dan badan kami tersadai di KLIA.
Tiba di KLIA 9.55 pagi. Anak2 dah mengadu lapar . Jus dan kacang yg dihidangkan tadi di dalam perut kapal tak membantu rupanya. Flight dijangka berlepas ke Kuching jam 11.10 pagi.
"Tunggu jap tak boleh ke..kita lunch sekali dalam flight nanti".
Tapi..on the way mencari gate..banyak godaan kiri kanan.
"Laparlah mi..mana tahan...lama lagi kan". Kalah juga Ummi dia.
Cari cafe y
ang simple, order makan pun simple...tang bayar..tu tak simple pulak
Tiba2 terdengar announcement.."...penerbangan MH2510 ke Kuching akan berlepas jam 12.05 tengahari". What???? Dekat sejam delayed.
P/S Sib baik depa ber2 dah makan....
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Sarawak..my way day1"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai