Cuti Hari Pekerja lalu, kami ber4 diundang ke majlis "makan-makan" oleh staff Encik Suami sempena pernikahan anak gadis sulungnya. Kami bertolak selepas Zuhor (pernikahan pada waktu pagi). Tetamu yang hadir terdiri dari rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran tetangga. Kata tuan rumah, majlis lebih besar akan diadakan pada cuti sekolah, Jun nanti.
Olehkerana kami adalah antara tetamu yang "terlewat" (tetamu lain dah beransur-ansur pulang) maka dapatlah bersembang dengan tuan rumah dan isterinya sambil menikmati makanan yang terhidang. Apa yang menarik nak Anim kongsikan agaknya? Bukan soal makanan...tapi....
Bapa pengantin bukanlah berjawatan besar. Isterinya pula menambah pendapatan dengan menjual makanan setiap pagi. Namun..terkejut Anim bila mendapat tahu mereka tidak meletakkan hantaran kepada bakal menantu . Alasannya, dia tahu anak daranya berkawan lama dengan menantunya itu. Menantunya itu "pomen" kereta. Tertunggu jugak bilalah nak masuk meminang anak daranya. Budak muda, tak cukup duit lagi nak kahwin.
Si bapa perempuan risaukan anak daranya. Budak sekarang banyak godaan, katanya. Tak senang hati. Tak apa...biarlah dia bertindak mengahwinkan anak daranya itu. Cukuplah dengan bayaran mas kahwin. Lagipun, sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawabnya mengahwinkan anak perempuan. Keluarga pihak lelaki pun dah kenal. Mak dan bapanya pun orang baik-baik. Si anak lelakinya (menantu) pun baik budaknya. Apa nak tunggu...baik dinikahkan cepat-cepat. Lama-lama nanti, boleh jadi fitnah.
Insya-Allah, bila perkahwinan direstui dan dirahmati, bertambah rezeki dan berkekalan hendaknya.
P/S Moga Allah juga merahmati bapa pengantin...amin...
Salam Anim...Nekcik pun setuju..asalkan baik perangai dan taat sembahyang..mahar yang murah itu lagi banyak barkahnya..
BalasPadamyg saya tabik, bapa pengantin tu kata dia sendiri sanggup buat loan bank untuk majlis anaknya nanti..
Padamyup betul tu paling penting restu tu yang lain2 boleh diusahakan !
BalasPadamselalu kan kita dengar, masa mula2 kahqin..motor je ada. bila ada anak, berkereta pulak. rezeki orang kahwin kan murah lagi2 kalau direstui semua
Padamalhamdulillah...bagusnya...susah nak cari org mcm ni zaman skrg yg semua org memandang kebendaan aje..
BalasPadambetullah..walhal bukan kalangan orang berada yang boleh support semua. kerana rasa tanggungjawab dan tak mahu anak dara tersalah langkah, benda baik tak perlu ditangguh
Padamalhamdulillah....sepatut nye memang begini, bukankah perkahwinan yang paling baik adalah yang paling mudah maharnya...semoga keluarga ini diberkati Illhi
BalasPadamtq angah kerana sudi komen. tabik kat si bapa...nak buat majlis sekarang, 5K pun tak cukup..namun kerana tanggungjawab, dia teruskan
PadamTak ramai yang macam bapa pengantin tu.....selalu yang kecoh nya mak mak sedara nya...hahahha
BalasPadamSaya pun tak mintak tapi kalau diaorang nak beri,saya terima seada nya....
betul kak ezza. majlis kahwin simple pun mana cukup 5 ribu. tabik kat si ayah, kebahagiaan anak dan tak mahu anak keluar dengan lelaki bukan mahram, buat dia berkorban..
PadamAs Salam, Bukan mudah berjumpa orang spt ini...mendahulukan maruah, kewajipan dan agama dalam hal perkahwinan. Semoga murah rezeki dan berbahagia hingga kesyurga.
BalasPadamp/s: Dia ada anak perempuan lagi ke Anim? Hmmm...
saya cukup terharu bila dia beritahu, dia sanggup ambil loan bank utk buat majlis anaknya nanti. dia tak mahu anak daranya keluar berterusan tanpa ikatan tak sah. lagipun budak lelaki tu baik (kami berkesempatan jumpa dan alhamdulillah, kami percaya statement si ayah)..cuma kemampuan belum mencukupi. syukurlah..dia menjadi ahli keluarga ini.
Padamp/s ada..sekolah rendah lagi. kena tunggu lah..hihi
Bapak kakak pun sama Anim semua anak dia tak letak harga tapi kakak yg letak harga hahaha... walau kakak kenal abang 6 bulan aje. Dah berkerjaya tak kan tak boleh betul tak. Kakak tahu keupayaan dia. Jadi bila bapak kata ikut suka. Kakak bincang dgn abang berapa yg kakak nak sebab kakak tak ada mak..
BalasPadamBagus bapak pengantin ini mengerti kemampuan bakal menantu...
betullah kakzakie. zaman saya dulupun sama. kalau tak de hantaran, mana nak buat majlis. adik beradik semua sekolah. mak pula tak kerja...huhu...
PadamAlhamdulillah..mmg susah nak bapa yg mcm ni kan kak?
BalasPadamhaah...payah nak cari, nea lopah
Padamassalamualaikum ... sebenarnya menjual makanan tuh rm masuk lagi byk anim . mak mertua abg saya boleh bina rumah bernilai rm150k n pergi haji hanya dgn hasil jual lauk pauk dan sarapan di depan rumah setiap pagi . suaminya hanya seorg driver lori tentera jer .
BalasPadambenar, ramai yang berniaga makanan kaya raya. mungkin mereka@ mak mertua abang vee beroleh pendapatan lumayan..tapi dalam kes staff ofis suami kak ni, berbeza sekali. ini bukanlah pertama kali kami bertemu dan isterinya menjual nasi lemak untuk mencukupkan perbelanjaan rumahtangga. tu yg kak kagum. kalau mereka keluarga berada, kak tak hairan tapi dalam kehidupan sederhana, mereka sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi menguruskan perbelanjaan kahwin anak mereka seadanya.
Padamsusah kan menjaga anak dara sekarang nih...berkawan lama tapi tak jgk terdengar nak masuk meminang..sebagai emak bapak mmg sentiasa risau..pasangan sekarang kalau bercinta tentu akan keluar dating...bab ni yg merisaukan hati.
BalasPadamtindakan ibubapa ni mmg harus dipuji...
Anim, yang susah nak jumpa tu..kita dah jumpa kan..Alhamdulillah, semuga Allah melimpahi RahmatNya ke atas keluarga tersebut..=)
BalasPadamKalau anaknya baik, mak bapaknya baik, bakal menantunya baik, bakal besannya baik... Setuju, faham dan sepakat dgn keadaan sebegini... Alhamdulillah...
BalasPadammujur juga pengantin perempuan masih ada bapa dan keluarga yg mampu juga keluar belanja untuk urusan semua..
BalasPadamBaguskan kalau cam tu Anim...tp boleh ke kita ni penat bela anak dari kecik hehe!
BalasPadam