Antara sebab-sebab penting manusia hilang ketenangan, keamanan dan keredhaan dirinya ialah kekesalannya terhadap masa lalu, kemarahannya terhadap masa kini dan ketakutannya terhadap masa hadapan.
Sesetengahnya mengalami malapetaka maka ia akan mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun merasakan kepedihannya. Dia mengingati kembali kenangan hitam, kadang-kadang rasa kesal dan kadang membuat berbagai andaian dengan berkata :"Alangkah baiknya jika aku buat begini', "Kalaulah aku buat begini nescaya akan jadi begini."
Kelemahan manusia ini menjadikan mereka menangisi hari malam yang sudah berlalu pergi, menggigit tangan menyesali apa yang telah terlepas dan membalik-balikkan tapak tangan kerana kekecewaan yang lalu.
Orang yang tidak akan menyerah kepada perasaan pedih dan fikiran yang gelap seperti ini ialah orang mukmin yang yakin dengan Tuhannya dan beriman dengan qada' dan qadar. Ia tidak menyerah sebagai mangsa kepada masa dan peristiwa silam. Malah ia beriktikad bahawa qada' Allah mestilah berlaku. Apa yang diterimanya dari qada' Allah mestilah diterima dengan redha dan berserah diri.
Dia tidak akan berkata, "Kalaulah saya berbuat begini nescaya begini jadinya." Tetapi berkata,
"Sudah ditakdirkan Allah apa yang dikehendaki-Nya berlaku." . Dia yakin bahawa takdir Allah tetap terlaksana, maka kenapa dia perlu marah dan kenapa dia perlu sesak dada. Allah Taala berfirman:
Maksudnya;
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu, dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabur." (Surah Al-Hadid :22-23)
Sesungguhnya syiar seorang mukmin yang teguh imannya ialah
"Allah telah mentaqdirkan apa yang dikehendaki-Nya untuk dilakukan; alhamdulillah atas semua hal". Dengan ini dia tidak berduka dengan apa yang terluput dan tidak hidup dalam genggaman kenangan yang pedih. Hatinya tenang dengan membaca firman Allah:
Maksudnya:
"Tidak ada kesusahan (atau balas bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah. Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar ) dan (ingatlah) Allah maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Taghabun:11)
~Sumber :Kemanisan Iman oleh Dr.Yusof Al Qaradhawi~
Oleh itu redho ajelah dengan apa yang adakan Anim jangan dikesali kerana semua itu telah direncanakan olehNya..
BalasPadamsedap sungguh membaca ni disaat hati merasa gundah gulana mengenangkan banyak perkara yang berlalu...terasa sejuk meresap kedada..alhamdulillah..terima kasih anim atas perkongsian ini..
BalasPadamKerana biarpun ianya qada' dan qadar Allah tapi semuanya telah tertulis di Loh Mahifz lagi...
BalasPadamtq for sharing, terubat sedikit rasa hati yang lara...
BalasPadamassalamualaiku ... kita dilarang berkata " KALAU " sbb ia menggambarkan yg kita nih tak percaya / menafikan Qada' dan Qadar Allah ...
BalasPadamApa yang tertulis itu adalah benar. Jgn kita menyesali atau menyalahkan takdir. Setiap apa yg berlaku...susah atau senang, bahagia atau duka itu adalah ketentuan darinya dan pasti ada sebab dan hikmahnya. Hanya yang beriman dan beramal soleh mampu menterjemahkannya kearah kebaikan dan keredhaan dariNya.
BalasPadamtq share this, kdg2 kita jadi alpa!
BalasPadam