Ada pemasangan UNIFI di rumah lepas solat Jumaat. Lebih 2 jam juga depa berkampung. Apa yang nak dibuat petang-petang begini? Selalunya, petang Jumaat, kami keluar ronda samada cari barang dapur, isi perut atau ambil angin petang. Hari ni, ada orang buat kerja di rumah, takkan nak ditinggal pula.
Kalau ada pisang, ada keladi atau keledek di dapur, sedap juga digoreng petang-petang ni. Tapi yang ada cuma tepung. Cuba habaq, apa yang senang, cepat dan simple nak buat dengan tepung??
Cekodok bilis bawang campak-campak tak sampai 30 minit sudah siap. Ada tambahan kerepek belinjau. Bila minta 2 Abdul bawa ke depan untuk dijamu kat adik2 ber3 dari UNIFI tu , terkeluar soalan. "Kena bagi deorang makan ke, Ummi?"
Ish, anak-anak ni. "Kalau orang mai rumah kita, walau sapa pun dia, pemotong rumput ke, pembaik paip ke , jangan biarkan dia balik dengan perut kosong. Kalau tak ada apa nak beri, berilah dia minum walau hanya segelas air".
Teringat Bonda di kampung. Waktu itu rumah keluarga dalam pengubahsuaian dapur ( lebih 20 tahun lalu). Bonda menyediakan 3 meals (sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang) kepada tukang rumah. Kami ni (anak-anak) pernah bertanya Bonda, upah dah beri, makan pun nak beri jugak ke. Masih terngiang-ngiang kata-kata Bonda, makanan yang ada ni, kalau diberi orang lain makan, tak luak mana makanan kita. Cukup untuk kita, 13 beranak. Inikan pula beri makan kat mereka yang telah melakukan kerja untuk kita.
P/S Walau hanya cekodok bilis bawang campak-campak..
cucur bilis campak2 sedap dicicah ngan kuah kari =)
BalasPadamUNIFI..laju tu..
BalasPadambetul tu ANIM..segelas air pun dah cukup bagus..suka cara ANIM ni..
Amboi..UNIFI, sepantas kilat nih!
BalasPadamKira dah rajin tu walaupun cekodok...memang enak alas perut di waktu petang bersama teh o.
Nampaknya lepas ni berdezuplah Anim hehe.....
BalasPadamsamalah mcm bonda Okje Anim paling tak suka kalau time raya..... Bukannya sikit punya umat 4 kereta kekadang...... Dahlah kalau kat rumah bonda tu serba serbi tak lengkap.......huhu
menjamu org tu melimpahkan rezeki . walau sekadar campak2 , cekodok tu lambat siap sbb goreng sikit - sikit . mmg rajin si anim nih ...
BalasPadamBila diberi tetama tu mesti rasa dihargai. Diorang nak buat kerja pun takda la nak main cincai-cincai je kan.
BalasPadambetul tu, samalah kita KA Pun pantang orng dtg umah walau sekejap pun mesti nak sediakan sekurang2nyer air minuman ! dah terbiasa, rezeki dikongsi bersama kan
BalasPadam