Rabu, 1 Mei 2013

Kisah 37: Beristighfar Selepas Menyebut Alhamdulillah


Sirri as-Saqthi, adalah seorang ahli ibadah dan wali Allah SWT yang masyhur. Selama hidupnya 30 tahun, dia pernah beristighfar, memohon ampun daripada Allah SWT atas kesalahannya mengucapkan "Alhamdulillah".

Ketika dia ditanya kenapa dengan menyebut kalimah tahmid yang mulia ini lalu memohon keampunan daripada Allah SWT, dia menjawab,

"Pada ketika itu, suatu kebakaran telah berlaku di Baghdad. Ada seseorang datang kepadaku dan memberitahu bahawa kedaiku tidak terbakar seperti kedai-kedai lain yang musnah dijilat api.

Aku lalu mengucapkan "Alhamdulillah", kerana aku hanya memikirkan kebaikan untuk diriku, bukan untuk orang lain."

Sumber : 63 Kisah Pengubat Jiwa oleh Muhadir Hj Joll

P/S Muhasabah diri, mampukah diri ini berbuat demikian....


15 ulasan:

  1. Mmg bagus dan byk manfaatnya dengan rajin beristigfar..

    BalasPadam
  2. allahuakbar... kita ni pun kena sentiasa beristighfar... moga Allah mengampunkan dosa2 kita yang lampau...

    BalasPadam
  3. sentiasalah kita sama2 beristigfar..

    BalasPadam
  4. Subhanallah.. banyak sangat manfaatnya.

    BalasPadam
  5. jom selalu beristighfar, kita sentiasa buat silap w'pun kdg x perasan...thanks for sharing.. :)

    BalasPadam
  6. insyaallah.....sama2 kita jadikan amalan....

    BalasPadam
  7. Astagfirullahal'azim Wa atubuilaih..

    BalasPadam
  8. Beristighfar dapat memberi kita jalan keluar dari kesusahan dan memberi rezeki yg tidak di sangka2...Insyaallah.

    BalasPadam
  9. Maha kaya Allah... dgn ingatan kita yg tidak seberapa ganjaran diberi sekelip mata...

    BalasPadam
  10. bagusnya kak... belum tentu boleh.. dugaan kecil pun dah mengeluh..

    BalasPadam
  11. tq share this yer, very gd one !

    BalasPadam
  12. memang kena muhasabah diri banyak yang tak mampu kita lakukakn...

    BalasPadam
  13. Kena muhasabah diri...banyak benda kecil yang tidak terbuat lagi termasuk beristighfar..kadang2 ingat kadang2 lupa..

    BalasPadam
  14. selalunya kita mmg nak selamatkan diri dulu , baru org lain ... semoga lebih beringat selepas ini ...

    BalasPadam
  15. Samalah Anim....tahmidnya sama banyak dengan lupa ...macamana tu?huhu....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi