Fatimah Az-Zahra, berusia 12 tahun , penuntut Maahad Tahfiz di
Lampung, Sumatera, Indonesia. Usia baru setahun jagung, selain boleh
berbahasa ibunda (of course), fasih berbahasa Arab, Inggeris dan bahasa
Jepun (bersekolah tadika di sana) . Dan yang lebih membanggakan,
Fatimah juga hafizah 3 juzuk Al Quran.
Malam tadi, selepas solat Isyak, selepas Majlis Ilmu oleh Tok
Gurunya, Ustaz As Salam ( pengasas Maahad Tahfiz), dia berdiri di depan
kariah Masjid Taman Keladi untuk menyampaikan tazkirahnya "Fadilat
Al-Quran" dalam 4 bahasa. Walaupun kami tak faham waktu dia
menyampaikannya dalam bahasa Arab dan Jepun tapi...tersentap di kalbu,
alangkah sejuknya hati seorang ibu bila dikurniakan seorang anak yang
diberikan anugerah dan bakat menyampaikan ilmu (berdakwah).
Rasanya...bukan Anim saja yang sayu hati bahkan ibu-ibu lain yang ada
bersama malam tadi. Harap-harap begitulah. Bukan sayu hati kerana
melihat si cilik kita "tertewas" di pusingan untuk ke final . La ni, si
cilik banyak di kaca TV. Depa tunjuk bakat menyanyi, bakat menari. Bila
terkeluar...mak dan nenek menangis kerana bakat si cilik terhenti
diseparuh jalan..
Fatimah Az Zahra juga berbakat dalam penulisan. Dalam usia 12 tahun, dia menjadi wartawan di Lampung, Sumatera dan telah menghasilkan 2 buah buku di sana.
P/S Sempat membisikkan di telinganya, "Mudahan-mudahan kamu boleh berdakwah di Jepun".
nyue follow blog ni...kalu sudi, singgah la ke blog nyue...
BalasPadambertuah ayh n maknya..pandai budak ni...
Alhamdulillah. moga menjadi mujahidah yang terbilang.
BalasPadamCantik orangnya secantik ilmunya..
BalasPadamMeremang bulu roma kakak baca N3 Anim. Sungguh kurniaan Allah begitu hebat. Beruntunglah ibu-bapanya. Beruntung juga ibu-bapa yg dapat bersama-sama mendengar tazkirah anak ini.
BalasPadamSama-samalah kita didik anak kita Anim. Tak dapat kesemua yg Fatimah-Zahara ini ada dapat hafaz al-quran 30 juzuk pun kakak dah bangga. Kita sama-sama bimbing anak-anak kita. Tak apalah tak pandai menyanyi janji di kubur kelak at least kita ada anak yg mampu mendoakan kita.
Alhamdulillah, penyejuk hati ayah dan ibu. Moga akan lahir lebih ramai Fatimah Az-Zahra. Bintang sebenar yang sangat kita perlukan bukan bintang yang hanya bersinar di pentas2 hiburan.
BalasPadamSalam perkenalan. Singgah sini & follow..
Baru berusia 12 tahun nampak matang, berkeyakinan dan tinggi ilmunya...
BalasPadamBetui kata Anim, ramai orang kita yg suka anak2 berbakat jadi penghibur.. rancangan idola dan raliti show kebanyakkan peserta budak melayu..
sejuk perut ibu yg mengandungkan beliau kan
BalasPadamalhamdulilah..kitalah yang mencorakkan anak kita ke arah mana!!
BalasPadamAlhamdulillah, semuga lebih ramai anak2 kita menjadi seperti Fatimah Az-Zahra. sejuk hati ibu, pengubat hati ayah. salam kenal n follow ..
BalasPadamalhamdulillah...semoga sukses menegakkan Islam ^^
BalasPadamhebatnya nama Fatimah Az-Zahra...sehebat orangnya...
BalasPadamNama yang hebat..diberikan pendidikan terbaik oleh ibu bapa yang hebat.
BalasPadamMudah2an akan lahir juga anak-anak sehebat Fatimah Az-Zahra ini tapi versi Malaysia pula.
Alhamdulillah...ada anak islam yang bijak pandai dan genius.
BalasPadamalhamdulillah,.wak pon dh lama xgi jepun jugakks..,uHuu
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadammemang sejukk perut ibu yg mengandungkan dia ..
semoga anak2 kita juga akan jadi yg terbaik seperti dia .. aminnn