Seminggu sekolah cuti CNY (cikgu Cina sorang, murid takde langsung) , hari ni dah ada di SP semula. Esok sekolah maa..
Biasanya on the way balik ke Utara, Anim dan 3 Abdul akan jamu selera (simple je..maklum, co-pilot, kalau kenyang sangat, mengantuk lak) di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan solat jamak di Hentian Sebelah Taiping. Sesekali sekala je berhenti di Hentian Rehat Tapah dan bertambah jarang singgah Hentian Sg.Perak. Kali ni kami menyinggah Hentian Sebelah RTC yang baru dibuka.
Kalau setakat nak berhenti solat, boleh parking kenderaan kat sini. Tapi kalau bercadang nak solat, isi perut dan cuci mata and shopping. drive turun ke bawah. Dekat sikit..
Surau yang disediakan.
Pasaraya MYDIN yang baru dibuka. Banyak kiosk kecil ditutup. Kata cleaner yang Anim dok sembang, pengunjung tak ramai so ramai peniaga yang tutup kedai, tarik diri dari menyewa. Tunggu cuti perayaan, cuti sekolah baru ramai pengunjung agaknya. Letih juga menunggu 2 Abdul ni cuci mata. Heran betullah bila anak lelaki suka window shopping walhal itu bukan minat Anim dan Encik Suami. Pergilah ke mana saja, akan terkeluar dari mulut mereka, "Bila kita nak shopping?". Next time, kalau nak rushing balik...memang tak boleh berhenti sini.
Jamu selera di Singgah Medan Selera. Western food ada, Rojak Singapore ada. Cendol ada, Mee dan Sup ada..macam-macam lagilah.
Biasalah..seats gerai Nasi Kandar jugaklah yang penuh.
Set Roti Nan yang lembut..RM8 ni memang boleh dipuji. Satu set tu cukup untuk kami 4 beranak.
Mak Bapak tak boleh tunggu lagi. 2 Abdul ni kalau bagi masa, boleh lekat lama. Lepas makan cuba kerusi urutlah pulak. Udahle tu weii..sejam dah habis masa kat sini. Dah larut malam ni ..Sg.Petani jauh lagi...
P/S Ternampak Restoran KFC dan satu lagi Medan Selera disediakan.
Lain-Lain Artikel:
Salam Anim..alhamdulilah dah selamat sampai ke rumah ye...teringat jalan jam waktu camni..nekcik tak jadi balik kampong..tunggu reda reda sikit!!!
BalasPadamKami beruntung sebab balik kg bertentang arus, tak kena jammed teruk nekcik..org balik utara, kami dr utara turun selatan
PadamTak pernah lagi singgah...hehe...akak baru sampai ya? Saya dah start keje khamis n jumaat aritu
BalasPadam1st time, nk cuba
PadamIM tak pernah singgah pun. IM lebih suka singgah hentian kecil..
BalasPadamTempat baruah katakan...teringin nk meyinggah
Padambaru bukak ker..nmpak cam meriah jer..lenkali boleh sggh
BalasPadamklu anak saya asal sggh RnR jer nak beli mainan anak patung..bosan tul..hehe
Byk kiosk tutup/ belum buka lagi..jeruk madu pak ali pun ada no..
Padamseronok sangat la hero2 tu berwindow shopping..! hehhe
BalasPadamDepa ni kakau singgah kedai tak beli barang, mcm ada yg kurang hari tu...heee
PadamSemlm saya lalu Plus highway jugak... tertanya-tanya RTC tu apa?
BalasPadamRTC= Pusat Transformasi Luar Bandar
PadamTk pernah lagi singgah di sini!
BalasPadamTrylah...tempat barulah katakan...
Padamwah..mcm2 ada..tapi biasalah kalau tmpt gini org sibuk cari mkn jer.
BalasPadamKak ingat kalau on theway balik utara brg dapur habis, boleh singgah mydin lah..hee...
PadamCuti dah diselaraskan Anim. Anak kakak lagi sekolah Maahad pun cuti seminggu sah-sah semua murid Islam dan yg mengajar pun ustaz-ustazah...
BalasPadamEntah bilalah kakak dapat sampai sini Anim...
Dua anakanda Abdul ambil peluang sementara bercuti mestilah ambil masa. Selagi boleh ditinjau apa lagi tinjaulah...
Anak sedara kat kl dah sek hari rabu kak. Tu yg kami heran....
PadamP/s tak sah kakau masuk kedai tak beli barang depa tu
tak nah lagi sampai.. sebab akak kalau balik kampung keluar simpang gopeng tak lalu sini.. sekali2 singgah nak bagi meriah sikit kat situ..
BalasPadamTempat baru zila. Pilihan makanan pun adalah kelainan sikit
PadamAssalam.
BalasPadamBulan lepas ckLah singgu di Maydin tu buat pertama kali. Ronda di dalam kejap. Tertarik dengan medan seleranya tu tapi sebab perut dah kenyang, dalam perjalanan balik dari Tesco/Aeon Pengkalan, saja keluar lalu Callie's Castle. Selalunya kami terus ikut Batu Gajah terus ke Kampung Gajah. (Gajah belaka...hehe)
Sayajuga sempat cari rg katmydin, hee...boleh singgah kalau brg kat umah habis
PadamSalam k.anim, saya pon sggah jga kt rtc tu,, surau dan toilet memang selesa dan bersih,,,.
BalasPadamLuaskan. Pilihan makanan pun adalah lain sikit dr hentian rehat lain..
Padam