Ihsan google
Dalam bulan Zulhijjah, bukan sahaja umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di tanah suci mendapat ganjaran pahala yg besar, bahkan mereka yang tidak pergi mengerjakan haji juga berpeluang mendapat ganjaran pahala yang besar.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW mengenai fadilat dan kelebihannya.
Di antaranya sabda baginda:
"Tiada sebarang hari pun dari hari-hari yang paling disukai oleh Allah dilakukan ibadat di dalamnya dari 10 hari Zulhijjah; setiap hari berpuasa dalam tempoh itu menyamai puasa setahun dan menghidupkan malamnya seperti menghidupkan malam Lailatul Qadar"
Menghidupkan malam Zulhijjah itu ialah bangun malam mengerjakan solat-solat sunat seperti Tahajjud, Tasbih dan sebagainya dan juga berzikir dan membaca Al-Quran.
Ibadah puasa sunat pada hari Arafah (9 Zulhijjah) diberi ganjaran pahala yang besar iaitu menyamai puasa setahun bagi mereka yang tidak pergi mengerjakan haji atau musafir.
Sabda Rasulullah SAW:
"Puasa pada hari Arafah, (dengannya) aku berharap agar Allah menukarkan kejahatan yang dilakukan dalam tahun sebelumnya dan tahun selepasnya (dengan kebaikan)
Hadith riwayat At-Tirmizi dari Al-Barra' bin Azib r.a
~Niat Puasa Hari Arafah~
"Sahaja aku puasa esok hari Arafah, sunat kerana Allah Taala"
P/S Dipetik dari Amalan & Ibadah Seharian oleh Hj Johari Hj Alias
Belum ada komen untuk "Puasa Di Bulan Zulhijjah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai