Jam 6.15 petang sampai di Kellie's Castle. Tak berpeluanglah nak tour dalam castle. Dengar khabar ada terowong rahsia dan bilik-bilik rahsia dalam istana misteri 6 tingkat ini. Perjalanan dalam hujan lebat dari hotel sebaik Encik Suami habis kerja mengambil masa around 45 minit. Kellie's Castle ni dibuka 9 a.m hingga 6.00 p.m (tiket RM4 untuk pelancong tempatan).
Teringat cerita di zaman kanak-kanak dulu. Istana di atas bukit..dikelilingi sungai. Hero kena seberang sungai nak selamatkan tuan puteri. Sewaktu berhenti di stesen Petronas dan bertanyakan seorang pakcik arah ke Kellie's Castle, dia sempat bertanya "Dah petang-petang macam ni...nak cari apa kat sana?"
Haaa....lain macam bunyinya tu!! Misteri istana unik ( yang dibina antara 1906-1926) kepunyaan William Kellie Smith, seorang hartawan berbangsa Scotland yang kaya raya ini. Pembinaannya terhenti apabila kematian mendadak pemiliknya.
Hujan-hujan ni...ingat nak makan aja. Dibawa oleh Encik Suami ke Greentown Square. Restoran Simpang Tiga yang terkenal dengan masakan Padang. Memang sudah lapar nasi.....
Olehkerana ini kunjungan kali ke3 buat Encik Suami dan pertama kali buat kami 3 beranak...Mem Besar duduk sajalah. Pilihan Encik Suami jarang mengecewakan kerana dia faham dah apa yang Mem suka..telur itik masak lemak, perut lembu (babat), sambal udang..
Ni wajib ada...ayam kampung goreng panas-panas..
Pucuk ubi tumbuk
P/S Sambil menunggu makanan tiba di meja, baru terperasan di "papan iklan menu"...ada ikan terbang, pecal, rendang dendeng, ayam penyet....waaaaa...bila nak try rasa pulak?
Lain-Lain Artikel:
tak pernah sampai lagi kat situ...
BalasPadampucuk ubi tumbuk tu sedap jer bile nengoknya..kalau makan mesti lagi sedapkann...
ain, kena rasa pucuk ubi dan ayam bumbu tu..cukup rasa masakannya..
BalasPadamrestoran buka 11 pagi-11 malam.
wah seronok jenjalan cuti sekolah pi ipoh yeee... bagus tu....
BalasPadamdekat je...sambil menyelam minum air
Padam