Google mari...
Setiap kali singgah ke surau atau masjid di mana sekalipun, si Abdul kecil pasti meminta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung yang ada di situ.
Dia tak kisah berapa yang kami beri...asalkan hajatnya dipenuhi...
------------------------------------------------------
Sabtu lepas selesai solat di carpet tebal di Masjid AlBukhary......
dia menjengok ke ruang solat muslimat (5 petang...takde jemaah lain di situ)
Dah puas dia mencari tabung. Kawasan lelaki tak de, kawasan perempuan pun takde. Mana nak masukkan duit ni, katanya
Laaa...cari tabung masjid rupanya.
Nak, masjid ni dibina oleh hartawan Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.
Hartawan ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia.
Memang takkan jumpalah tabung sumbangan untuk masjid!
"Tak pe..tak pe...sedekah tu bukan dengan duit saja... tolong lipat sejadah kat sana tu, lepas tu tutup suis kipas, kutip tisu ...tu pun sedekah jugak."
--------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap anggota badan manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit.Engkau mendamaikan antara dua orang yang berkelahi adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah kaki menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ”
(Sumber : Hadith 40)
Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lain-Lain Artikel:
Salam Anim,
BalasPadamBetoi tu Anim, kita nak bersedekah ni tak semestinya dengan duit....apa2 yang kita buat hari2 tu dengan iklas hati ,itu adalah satu sedekah..insyaallah.
mesjid tu tak de tabung yee... patutla rezeki dia bertambah2x...
BalasPadamk.ros~ senyuman pun sedekah kan?
BalasPadamkazman@memang takde tabung,
BalasPadamsiap ada pak guard lagi...
mudah2an bertambah rezekinya
alhamdulillah, kak! amin3... tqvm 4 sharing... 'membuka' mata n hati sy...
BalasPadamakuzle ayu@perkongsian ilmu bawa berkat..
BalasPadam