Pagi-pagi ada majlis ringkas di tapak perhimpunan.
Penyerahan cek oleh wakil ahli Alumni SKS yang turut hadir di Majlis Makan Malam Alumni sempena Jubli Intan SKS tempohari.
Datuk Jaafar dan isterinya Datin Arina (bekas pelajar SKS tahun 70an) yang kini menetap di KL telah berbesar hati menyumbangkan sejumlah wang bagi Tabung PIBG SKS.
Alhamdulillah..RM 21,525 itu angka yang cukup besar bagi kami, warga SKS yang mempunyai lebihkurang 400 murid dan 30 guru dan kakitangan.
Gembira sungguh warga SKS hari ini. Hilang segala penat lelah, kerja tungkus lumus berkampung 2 hari 2 malam mendapat balasan yang tak disangka-sangka.
Mudah-mudahan segala perancangan sekolah untuk tahun hadapan tidak terhalang oleh masalah kewangan.
Untuk pasangan Datuk Jaafar dan Datin Arina,terima kasih...Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi baik kalian.
P/S Hajat awal nak mengundang Dato K (Khalid Md Jiwa~ suami Dato Siti)sebagai perasmi Majlis Makan Alumni SKS tempohari .Dato K ni rupanya pernah menjadi guru sementara di SKS di tahun 70 an dulu .
Tapi....orang tak sudilah katakan.
bagus ye acara ini diadakan...dapat mengimbau kenangan dulu-dulu dan sejarah yang telah dicurahkan oleh sekolah ini...semoga penderma tersebut di murahkan rezeki....
BalasPadamkazman~penderma kata kalau tak krn sek rendah tmpt dia kenal ABC, dia takkan berada di tmpt skrg!
BalasPadam