Macam tau-tau saja bakal jadi korban.
Main kejar-kejar ngan Encik Suami.
Kami diluar pagar jadi guard...mana tau dia terbang ke luar
Foto terakhir Si Jalak Lenteng..gagah perkasa, berat lebih 2kg ni
Sempat lagi bermain-main dengan Mek..Hahaha..sampai terangkat punggung Mek..Kelakar betul!
Selamat Tinggal Jalak dan Mek...huhu
Bukan tak sayangkan kamu berdua. Tapi kamu ni dah pandai merayap rumah orang.
Lepas breakfast kamu hilang...petang baru muncul. Kamu tu kalau bertandang rumah orang...mesti tinggalkan tanda...betul tak? Marah lak jiran kami...
Ditanya di Padang Masyhar nanti kerana najis kamu yang merata-rata.. apa kami nak jawab?
Najis haiwan peliharaan ni jangan buat main-main...tak kisahlah si pembela kucing ke, ayam ke.. Ternampak 3 biji telur Mek kat tepi pagar jiran sebelah...SAH, Mek cari port lain untuk bertelur!
Jalak Lenteng.....kujadikan kau rendang
Mek...2 Abdul request ayam ketumbar dari dagingmu
Hidangan wajib Jawa ~ sambal goreng (hati dan pedal kamu ber2 ditumiskan sekali)
Kalau ayam daging...sure kasi buang.
P/S Juadah untuk berbuka puasa 9 Zulhijjah malam tadi dan dipanaskan sebentar tadi untuk hidangan raya haji pagi ini. Oklah tu...kami makan 4 beranak saja..
Belum ada komen untuk "Ajalmu Di 9 Zulhijjah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai