Kedua-dua ceramah agama di Radio Kedah FM (97.5 jam 2.00 p.m) dan Radio Mutiara FM (95.7 jam 2.30 p.m) hari ini menyentuh mengenai ibadah korban.
Dalam ceramah agama di Radio Mutiara FM , Ustaz membacakan surah Al-Kauthar dan tafsirnya bagi menerangkan hikmah dan perintah Allah SWT terhadap ibadah korban dalam Al-Quran.
Ayat 1~ "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang melimpah-ruah";
Ayat 2~ "Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu";
Ayat 3 ~"Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau, dialah orang yang putus keturunan".
Mudah-mudahan ibadah korban menjadi amalan kita setiap tahun. Tak mampu seekor, kita ambil setumpuk (1/7) pun tak apa.
Ustaz menyebut kalau seseorang berniat untuk membuat ibadah di kampungnya tetapi tinggal di Kedah
(Ustaz sebut contoh kampungnya di Johor...eh Ustaz ni, macam tau-tau saja )
adalah lebih afdal dia membuat ibadah korban di tempat dia mencari rezeki, tempat mana dia duduk.
Bukanlah bermakna jika dia bercadang membuat korban di kampung tidak sah, cuma LEBIH AFDAL.
Begitu juga dengan ibadah korban yang dibuat di negara lain. Seelok-elok dan lebih afdal dibuat di negara kita sendiri. Jika di tempat kita sudah tidak kedapatan lagi orang miskin dan layak menerima korban kita...barulah kita berkorban di tempat lain.
~ Wallahu'alam~
P/S Gambar-gambar di atas diambil semasa ibadah korban di surau Bandar Perdana, Sg.Petani pagi Raya Aidil Adha semalam..7 ekor lembu tumbang..
Belum ada komen untuk "Berkorban dengan ikhlas"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai