Si Abdul kecil bersama Irdina dan Miza (yang menyorok malu)
Murid sekolah rendah ni ada hubungan rapat dengan guru sekolah mereka. Cikgu mereka saja yang betul (walaupun kita ni pun cikgu jugak!). Hari-hari bercerita tentang cikgu yang mereka minat atau yang mereka suka.
.
Semalam, hajatnya bersama 2 kawan sekelasnya yang TERINGIN SANGAT bermalam di rumah teacher kesayangannya termakbul bila di bawa pulang oleh Fauziah selepas sekolah.
.
Rayuan mereka sejak sebulan lalu mendatangkan hasil bila para ibu mereka dah tak larat nak menahan, menasihat dan mendengar TANGISAN mereka. Statement Abdul kecil yang diulang2...
.
"Salah ke tido rumah teacher Fauziah, Ummi?" Dia tak tahu kita ni bimbang menyusahkan teacher dia...maklumlah teacher dia ber2 sahaja dengan suaminya...nak jaga 3 anak express!
-------------------------------------------------------------------
Berdasarkan pengalaman Anim sendiri, dengan anak murid sekolah rendah ni, jika seorang guru ada perasaan kasih pada mereka, maka Allah akan timbulkan rasa kasih itu pada mereka lantas mereka juga ada rasa kasih dan sayang pada guru mereka.
Bila melihat gambar-gambar mereka yang diambil dari kamera Fauziah, hmmm...nampak gembira sangat dibawa berjalan oleh teacher mereka ..
P/S Terima kasih Fauziah dan suami, Ustaz Razak kerana sudi mengabulkan hajat anak-anak ini bermalam di rumah teacher mereka.
Budak2 dapat berkunjung ke rumah cikgu pun dah happy, ini kan pulak dapat bermalam....lagi bertambah2 happy lah diorg. Bangga dgn kawan2 yang lain. hehehe
BalasPadam