Sejak "kempunan" cendawan shiitake dari
Gunung Jerai 2 tahun lalu, tak sangka "impian" merasa kelazatan cendawan shiitake hybrid tiba petang semalam. Souviner yang dipack cantik ini dibawa turun dari Gunung Jerai oleh Encik Suami yang menghadiri Program Bersama Jabatan Kerajaan dan Agensi Kawal Selia anjuran TNB bagi Wilayah Utara. Rezeki malam Jumaat...
Tanaman cendawan shiitake di Gunung Jerai tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam (kurang populasi bakteria). Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia. Walaupun shiitake ni berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hybrid gunung tersebut.
Dipetik segar dari ladang. 2 tahun lepas..harganya RM40+ sekilogram. Tak tahule pulak sekarang. Berbau segar...tak sama seperti bau cendawan shiitake kering yang perlu direndam bagi lembut mahupun shiitake segar yang dijual di hypermarket. Ada 500g shiitake yang perlu dikerjakan... 2,3 kali menu boleh disediakan.
Resipi simple dan mudah "Shiitake Angel Hair Pasta" dari allrecipes.com yang akan dicuba esok...
Bila lagi nak guna daun parsley yang dibawa turun dari CH kan?
P/S Biasa tuan rumah guna cendawan tiram, cendawan butang tin dan cendawan telinga tikus aja..
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Cendawan Shiitake@Gunung Jerai"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai